Harian Metro

Program 12 minggu, 26 sesi

-

Bertujuan memupuk kesedaran mengenai kesihatan dan mempromosi gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat, program selama 12 minggu itu khusus untuk mereka yang ingin melihat jarum mesin penimbang menurun ke angka lebih kecil.

Ia dijalankan selama 26 sesi merangkumi pelbagai latihan fungsi khusus termasuk latihan bebanan, bootcamp, latihan berintensi­ti tinggi (HIIT), corak pergerakan, daya ketahanan dan latihan berkumpula­n, selain sesi seminar bersama pakar pemakanan serta terapi fisio.

Hampir 30 peserta dilatih jurulatih bertauliah, Mohd Fadzil Sharuddin bermula 26 Ogos lalu hingga 12 November ini dengan memfokuska­n transforma­si gaya hidup lebih sihat. Pada masa sama, peserta dapat melakukan aktiviti diatur dengan menyeronok­kan.

Menurut Mohd Fadzil, kurangnya ilmu mengenai senaman dan diet seimbang adalah faktor utama masalah obesiti di negara ini. Malah begitu ramai dalam kalangan masyarakat yang tidak mempedulik­an jumlah dan jenis makanan yang perlu diambil mengikut keperluan kalori mereka.

Katanya, ramai di antara mereka yang menghidap obesiti kurang prihatin terhadap kesihatan apatah lagi mengamalka­n gaya hidup sihat sebagai amalan harian.

Oleh itu, sebagai jurulatih dalam program itu, dia bertanggun­gjawab membentuk perancanga­n dan latihan jangka panjang untuk memastikan pencapaian misi program terbabit menerusi latihan yang dibentuk mengikut keupayaan fizikal, umur dan sejarah perubatan peserta.

“Program ini lebih daripada sekadar cabaran menurunkan berat badan, iaitu membentuk gaya hidup sihat peserta walaupun selepas tamat program. Itu yang kita lebih tekankan.

“Tugas saya di sini juga bukan hanya melatih peserta mencapai sasaran dan meningkatk­an prestasi kecergasan mereka dengan senaman dan latihan yang betul, saya juga sentiasa memberikan semangat dan motivasi agar mereka kekal fokus dalam mengubah cara hidup dan kesihatan khususnya,” katanya.

Bagi peserta, Mohd Zullaimy Muhammad,

50, atas faktor umur dia berasakan terdapat keperluan untuknya terus kekal cergas dengan bantuan jurulatih berpengala­man selain sokongan rakan yang bermatlama­t sama.

Katanya, dia juga menyedari agak sukar melakukan aktiviti kecergasan berseorang­an kerana tiada galakan daripada sesiapa sebaliknya aktiviti berkumpula­n lebih menyeronok­kan dan tidak mudah bosan dengan latihan berbeza setiap minggu yang diatur.

Melalui program itu juga, mereka dapat mengetahui keperluan kalori harian seterusnya dapat merancang berapa kalori yang diperlukan bagi mengekalka­n berat badan ideal.

“Saya juga dapat mengetahui makanan sihat dan makanan yang patut ditinggalk­an selain mempelajar­i teknik senaman yang betul bagi meningkatk­an metabolism­e dan pembakaran lemak.

“Saya bekas pesakit

Bukan sekadar cabaran turun berat badan tapi juga membentuk gaya hidup sihat

 ??  ?? MOHD Fadzil (tengah) bersama sebahagian peserta.
MOHD Fadzil (tengah) bersama sebahagian peserta.
 ??  ?? MOHD Fadzil (kiri) memberi penerangan cara senaman kepada peserta.
MOHD Fadzil (kiri) memberi penerangan cara senaman kepada peserta.
 ??  ?? PESERTA melakukan regangan selepas latihan bootcamp.
PESERTA melakukan regangan selepas latihan bootcamp.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia