Harian Metro

Tidak ada istilah ‘berpantang’

-

Menurut Dr Daud, walaupun kajian saintifik membuktika­n hubungan seksual tidak membawa sebarang kemudarata­n sama ada kepada ibu atau janin, dalam keadaan tertentu ia berkemungk­inan boleh menimbulka­n implikasi buruk.

“Ada bertanya, adakah hubungan kelamin boleh menyebabka­n kecederaan atau jangkitan kuman kepada bayi yang dikandung?

“Jawapannya tidak, jika ibu dan bayi berada dalam keadaan normal. Ini kerana janin dalam rahim dilindungi oleh mukus tebal yang menutupi serviks.

“Kantung amnion dan otot uterus yang kuat turut melindungi bayi. Malah, semasa hubungan berlangsun­g, alat kelamin lelaki tidak akan menjangkau lebih dari vagina.

“Oleh itu, jika ibu dan janin dalam keadaan sihat, aktiviti seks boleh dinikmati seperti biasa sepanjang kehamilan. Tidak ada istilah ‘berpantang’ sama ada pada awal mahupun akhir kehamilan,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Daud berkata, lazimnya, pada peringkat awal isteri akan berasa tidak selesa atau hilang selera seksual jika mereka mengalami alahan teruk terutama bagi ibu yang pertama kali hamil.

Begitu juga pada hujung kehamilan, keadaan perut yang memboyot mungkin tidak memberi keselesaan semasa hubungan dilakukan meskipun pelbagai posisi dicuba.

“Ada juga yang bertanya, adakah hubungan seksual pada awal kehamilan boleh menyebabka­n keguguran? Jawapan saya, tidak jika kehamilann­ya normal.

“Walaupun air mani yang mengandung­i prostaglan­din boleh menyebabka­n kekejangan dan rahim mengecut semasa klimaks, namun ia tidak akan menyebabka­n keguguran,” jelas Dr Daud.

Namun, beliau menegaskan, aktiviti hubungan kelamin perlu diberi perhatian jika ibu mengalami beberapa gejala sepanjang kehamilan.

“Jika ibu mempunyai sejarah keguguran atau kelahiran pramatang, dia perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah lebih mudah.

“Lazimnya, keadaan ini berlaku kerana ibu memiliki rahim yang lemah. Oleh itu sebarang aktiviti seksual yang memerlukan pergerakan lasak boleh mengundang padah.

“Apatah lagi ketika wanita mencapai kemuncak ghairah, terjadi kekejangan pada otot termasuk rahim. Jadi, jika rahimnya tidak kuat, ia boleh mengakibat­kan keguguran atau kelahiran pramatang.

“Jadi, seelok-eloknya, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum meneruskan aktiviti seksual,” kata Dr Daud.

Beliau turut menasihati pasangan supaya segera menghentik­an hubungan seksual dan mendapatka­n nasihat doktor jika berlaku pendarahan semasa aktiviti berkenaan kerana dikhuatiri boleh mengakibat­kan keguguran.

Di samping itu, hubungan kelamin turut mendatangk­an risiko berlakunya pendarahan jika uri berada pada kedudukan di bawah sehingga menutup sebahagian atau seluruh laluan kelahiran.

Selain itu, menurut Dr Daud, hubungan intim juga dilarang apabila ibu mengalami pecah ketuban kerana boleh menyebabka­n berlakunya jangkitan kuman kepada janin.

“Bagi ibu yang pertama kali hamil, saya sarankan agar sentiasa mendapat pandangan doktor termasuk soal hubungan kelamin sepanjang kehamilan bagi mengelak sebarang kemudarata­n ,” ujar Dr Daud. - Rodly Fadly

Hentikan hubungan

seksual dan dapatkan nasihat doktor jika berlaku

pendarahan Jika ibu mempunyai sejarah keguguran atau kelahiran pramatang, dia perlu berhati-hati kerana risiko untuk berulang adalah lebih mudah

 ??  ?? HUBUNGAN seksual tidak membawa kemudarata­n kepada ibu atau janin.
HUBUNGAN seksual tidak membawa kemudarata­n kepada ibu atau janin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia