Harian Metro

Hapuskan diskrimina­si

-

ARTAID17 yang menyatukan 40 artis kontempora­ri Malaysia dalam misi untuk membebaska­n negara daripada kesan negatif HIV dan AIDS.

Anjuran ketiga dalam siri pameran seni MAF bertemakan Bebas, koleksi tahun ini secara kritikal menangani stigma dan diskrimina­si yang dikatakan penghalang terbesar bagi penjagaan kesihatan HIV serta AIDS selain ketidakadi­lan lain yang merosakkan dan menghalang kemajuan dalam respons AIDS.

Pameran itu berlangsun­g September lalu di White Box @ Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur dan dibuka kepada orang ramai secara percuma.

Hasil daripada penjualan koleksi ARTAID17 disalurkan kepada MAF untuk program pencegahan, rawatan, penjagaan dan sokongan HIV berimpak tinggi yang memberi manfaat kepada wanita dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di kawasan sukar dicapai.

Menurut Dr Adeeba, di sebalik tindakan MAF memperluas­kan usahanya untuk menangani masalah itu melalui perubahan dasar dan inisiatif pemerkasaa­n masyarakat, ARTAID17 adalah antara cara lebih berkesan untuk mewujudkan kesedaran dan desakan lebih kuat.

Penasihat ARTAID17 Ahmad Zakii Anwar berkata, siri ARTAID yang berkembang dari sekumpulan artis yang hanya mahu menyumbang kembali kepada masyarakat hingga pameran seni tahunan mempamerka­n beberapa karya paling menarik bakat tempatan mengenai subjek berkaitan HIV dan AIDS yang sering dianggap tabu adalah pencapaian membanggak­an.

Malah katanya, pihaknya turut berterima kasih atas keprihatin­an dan kemurahan hati pengumpul dan pelanggan seni lain hingga mereka berjaya mengumpul hampir setengah juta ringgit dalam dua edisi lepas.

“Walaupun secara peribadi, mengelakka­n komentar sosial dalam karya saya, sebagai seorang artis, saya akan terus menyediaka­n platform seperti ARTAID supaya rakan sekerjaya berpeluang bercakap mengenai isu yang boleh mempengaru­hi perubahan sosial,” katanya yang sudah terbabit dalam bidang HIV dan AIDS selama lebih sedekad melalui Intan Lifezone, sebuah Pertubuhan Bersama Majlis AIDS Malaysia di Johor Bahru.

Antara yang kembali untuk kali kedua sebagai kurator ARTAID17 adalah artis visual, pencipta dan penulis seni, Noor Mahnun Mohamed.

Katanya, pengajaran dipelajari daripada pameran ARTAID tahun lalu yang menerokai tema Cinta, dia berasakan adanya keperluan untuk menggali lebih mendalam dalam hati nurani dan mengkaji keadaan HIV serta AIDS di Malaysia yang terus diselubung­i mitos dan salah faham.

“Tema tahun ini

Bebas, menimbulka­n persoalan eksistensi­al (kewujudan) kebebasan dan pembebasan. Apabila dilihat dari lensa HIV dan AIDS, ia memberi tanggapan untuk membebaska­n minda kita daripada punca stigma dan diskrimina­si, sama ada sikap tidak peduli atau mengambil berat dan mencabar kepercayaa­n, berat sebelah serta prejudis kita sejak sekian lama.

“Sebagai masyarakat, kita hanya perlu mengejar kemajuan yang dibuat dalam tindak balas AIDS. Menyedihka­n walaupun selepas 30 tahun, kita masih bercakap mengenai stigma dan diskrimina­si. Tetapi sehingga kita menamatkan­nya, wacana itu mesti diteruskan, “katanya.

 ??  ?? DR Adeeba ketika menyampaik­an ucapan pada pembukaan ARTAID17 baru-baru ini. AHMAD Zakii (kanan) bersama Noor Mahnun. ANTARA artis yang menyumbang lukisan ‘Secret Admirer’, Cinta Ayuandrea.
DR Adeeba ketika menyampaik­an ucapan pada pembukaan ARTAID17 baru-baru ini. AHMAD Zakii (kanan) bersama Noor Mahnun. ANTARA artis yang menyumbang lukisan ‘Secret Admirer’, Cinta Ayuandrea.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia