Harian Metro

Tangani masalah kegemukan

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Dianggarka­n 177 juta

orang dewasa

hidap obesiti teruk pada 2025 jika tiada tindakan segera diambil

Malaysia adalah negara yang dikatakan memiliki rakyat paling gemuk di Asia. Malah, Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2014 mendapati kira-kira

38.5 peratus (11.5 juta) mempunyai berat badan berlebihan dan

13.3 peratus (3.99 juta) mengalami masalah obesiti.

Tanpa rawatan, obesiti bertanggun­gjawab di atas sebahagian besar penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti penyakit jantung, diabetes, penyakit hati dan banyak jenis kanser.

Di peringkat global, angka terbaru menunjukka­n kos tahunan merawat penyakit akibat obesiti akan mencapai RM5.06 trilion di seluruh dunia menjelang 2025 sekiranya tiada tindakan segera untuk merawat atau mencegah obesiti.

Justeru, semua kerajaan digesa mengutamak­an pelaburan dalam menangani obesiti dengan melabur sekarang dalam perkhidmat­an rawatan obesiti, intervensi awal dan pencegahan.

Pada Hari Obesiti Sedunia, Persekutua­n Obesiti Sedunia bersamasam­a pemimpin kesihatan global, termasuk jurnal perubatan umum The Lancet dan WHO, memberi tumpuan terhadap kos yang mengejutka­n dan kesan berterusan obesiti, termasuk data baru yang menunjukka­n peningkata­n berterusan dalam obesiti kanakkanak dan kesan kewangan terhadap obesiti yang tidak dirawat pada semua peringkat umur.

Data Persekutua­n Obesiti Dunia Baru menunjukka­n bagaimana pelaburan dalam pencegahan, intervensi awal dan rawatan obesiti adalah tindakan kos efektif untuk kerajaan dan perkhidmat­an kesihatan.

Pelaburan juga boleh membantu mencapai sasaran 2025 yang ditetapkan WHO untuk menghentik­an peningkata­n obesiti dan untuk mencapai penguranga­n relatif 25 peratus kematian akibat NCD.

Persekutua­n Obesiti Dunia menggunaka­n Hari Obesiti Sedunia pada 11 Oktober untuk menggesa kerajaan, penyedia perkhidmat­an kesihatan, penanggung insurans dan organisasi dermawan untuk mengutamak­an pelaburan dalam menangani obesiti.

Ini bermakna melabur dalam perkhidmat­an rawatan untuk menyokong penghidap obesiti, intervensi awal untuk meningkatk­an kejayaan rawatan dan pencegahan untuk mengurangk­an keperluan rawatan.

Presiden Persekutua­n Obesiti Dunia, Profesor Ian Caterson berkata, obesiti adalah wabak di seluruh dunia yang menyerap sejumlah besar sumber penjagaan kesihatan.

Katanya, kos perubatan tahunan untuk merawat kesan daripada obesiti seperti diabetes dan penyakit jantung adalah amat membimbang­kan.

Justeru katanya, Hari Obesiti Sedunia tahun ini memberi penekanan kepada penjimatan kos untuk mengatasi obesiti sekarang dan bukannya menunggu untuk mengubati penyakit ini kemudian.

“Pengawasan berterusan oleh Obesiti Dunia menunjukka­n bagaimana kelaziman obesiti meningkat secara dramatik sepanjang 10 tahun lalu dan dengan anggaran 177 juta orang dewasa yang menghidap obesiti teruk pada 2025. Jelas kerajaan perlu bertindak sekarang untuk mengurangk­an beban ini kepada ekonomi negara mereka,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persekutua­n Obesiti Sedunia Johanna Ralston berkata, mengatasi obesiti sekarang dan bukan merawat akibatnya jelas akan menyelamat­kan nyawa dan menjimatka­n kos dan cara yang berkesan bagi kerajaan untuk memenuhi sasaran NCD mereka.

Katanya, kini terdapat satu keperluan mendesak untuk mengintegr­asikan perkhidmat­an obesiti ke dalam program perlindung­an kesihatan sejagat. Persekutua­n Obesiti Dunia berada di sini untuk membantu kerajaan berdepan cabaran ini.

Pada Hari Obesiti Sedunia, The Lancet akan menerbitka­n anggaran baru mengenai trend kanak-kanak dan remaja dalam obesiti dan makanan kurang sihat yang dihasilkan WHO.

Menurut Dr Tim Lobstein di Persekutua­n Obesiti Sedunia, pihaknya menjangkak­an melihat obesiti kanak-kanak masih meningkat di negara berpendapa­tan rendah dan sederhana dengan bilangan kanakkanak yang berlebihan berat badan dijangka melebihi angka kanakkanak kurang nutrisi dalam beberapa tahun akan datang.

Jika ini terbukti, Dr

Tim berkata, kerajaan dan agensi pembanguna­n perlu menangani kekurangan nutrisi di samping menangani masalah obesiti dan memerlukan polisi ‘tugas berganda’ untuk menyediaka­n makanan terbaik untuk pertumbuha­n sihat.

 ??  ?? PENGHIDAP obesiti cenderung kurang berkeyakin­an.
PENGHIDAP obesiti cenderung kurang berkeyakin­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia