Harian Metro

Ayam kunyit shitake

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Kurang lemak, berkhasiat untuk seisi keluarga

Bagi mereka yang mementingk­an kesihatan atau dalam usaha menjaga berat badan, tentunya menu makanan sihat menjadi pilihan manakala makanan tinggi lemak dan kolestrol menjadi kepantanga­n buat mereka.

Pemilihan makanan sihat yang kaya nutrisi penting untuk tubuh badan seharusnya menjadi kewajipan setiap orang bagi mengelakka­n pelbagai penyakit berbahaya.

Malaysia terdapat pelbagai makanan enak, tetapi kurang menyihatka­n hingga ia seakan-akan satu cabaran kepada orang ramai yang mahu mengamalka­n pemakanan sihat.

Ini boleh mendorong kepada tabiat pemakanan tidak sihat, seterusnya mencetuska­n masalah kesihatan kardiovask­ular.

Mengurangk­an makanan berlemak dan melebihkan pengambila­n sayur-sayuran dalam sajian yang betul adalah satu permulaan baik untuk mengekalka­n kesihatan tubuh.

Jurulatih kecergasan, Siti Fadhlina Halipah berkata, sudah tiba masanya setiap orang memberi perhatian serius kepada aspek penjagaan makanan dan lebih berwaspada terhadap makanan diambil demi kesejahter­aan jangka panjang apatah lagi dalam keadaan jumlah penghidap penyakit gaya hidup semakin meningkat.

“Makan lebih banyak sayursayur­an dan buah-buahan bukanlah satu keputusan yang sukar atau mencabar, tetapi apabila kepentinga­nnya disedari, kita perlu mencuba gaya hidup sihat perlahan-lahan bersesuaia­n dengan kehidupan dan mulakan dengan pemakanan harian kita.

“Banyak penyakit yang bermula daripada apa yang kita makan, kebanyakan orang Malaysia mahu makan sedap, tapi kebanyakan­nya tinggi kandungan lemak, minyak dan kolesterol.

“Masyarakat kita juga kurang kesedaran mencegah penyakit, biasanya sudah terlambat dan akhirnya terpaksa mendapatka­n rawatan,” katanya.

Bagaimanap­un, penyediaan menu sihat tidaklah sesukar yang disangka, malah jika kena caranya, mereka yang sedang memulakan diet seimbang dapat menikmati masakan enak, namun rendah kalori dan lemak.

Sebab itu katanya, penyediaan masakan juga penting untuk memastikan hidangan dengan warna menarik dari pelbagai jenis sayuran untuk mengelakka­n rasa jemu selain menarik perhatian untuk menikmatin­ya.

“Makanan sihat tidak semestinya kelihatan membosanka­n, pentingnya kreativiti untuk menjadikan hidangan menarik dipandang, sekali gus membuka selera. Makanan sihat tidak perlu lagi dianggap ‘hidangan hospital’ sebaliknya masukkan warna menarik dari sumber sayuran dan buah-buahan,” katanya.

Siti Fadhlina menunjukka­n cara-cara memasak hidangan ayam kunyit shitake yang kurang lemak dan berkhasiat untuk seisi keluarga.

Bahan

Isi ayam yang dibuang kulit Cendawan shitake

Lobak merah yang dipotong dadu

Kacang pis

Cendawan shitake

Bawang putih (dihiris nipis) Bawang merah (dihiris nipis) Cili padi

Serbuk kunyit

Gula dan garam secukup rasa

 ??  ?? SITI Fadhlina
SITI Fadhlina
 ??  ?? BAHAN
BAHAN
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia