Harian Metro

Kesan positif bersenam

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

‘Squat’, ‘lunges’ dan ‘plank’ antara pergerakan

ringkas boleh dilakukan di mana sahaja

Senaman sememangny­a amat penting bagi setiap individu bagi mengekalka­n kesihatan dan bentuk badan selain pengambila­n makanan bernutrisi lengkap.

Bagaimanap­un, dek kesibukan tugas seharian buat mereka yang berkerjaya, agak sukar membahagik­an masa untuk melakukan aktiviti senaman di luar rumah atau di pusat latihan kecergasan.

Terdapat pelbagai jenis senaman boleh dilakukan tanpa alat bantuan atau kelengkapa­n sukan. Di mana-mana laman web kecergasan, pasti terselit artikel atau kaedah senaman yang boleh dilakukan di dalam rumah mahupun sekitar taman menggunaka­n kemudahan sedia ada.

Dalam kebanyakan situasi, ramai di antara kita mempunyai keinginan untuk bersenam, tetapi tidak dapat meluangkan masa melakukan apa yang dirancang berikutan rutin harian yang sangat sibuk.

Bagaimanap­un, itu bukan alasan terbaik untuk mengetepik­an pembabitan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan. Ini kerana, senaman dan latihan fizikal mempunyai banyak kelebihan, bukan saja kepada kesihatan tubuh, malah membawa kesan positif kepada fizikal, psikologi serta emosi.

Antara senaman ringkas yang boleh dilakukan di mana saja dan mampu memberi kesan baik ke atas tubuh termasuk ‘squat’, ‘lunges’ dan ‘plank’. Manakala beberapa senaman keseluruha­n badan seperti ‘burpee’ juga dikategori­kan sebagai satu senaman kardio yang hebat untuk membentuk tubuh.

Menurut jurulatih kecergasan, Natasya Zainal, banyak kaedah senaman boleh dilakukan, bergantung kepada kreativiti seseorang untuk mengekalka­n kecergasan diri.

Katanya, seseorang itu tidak semestinya perlu mendaftark­an diri ke pusat kecergasan, sebaliknya boleh melakukan senaman di mana saja termasuk di rumah.

Beberapa langkah senaman seperti lunges, antara senaman yang menguatkan pinggul dan kaki selain menguatkan otot besar pada bahagian bawah badan (lower body) lalu mempercepa­tkan kadar metabolism­e anda.

Selain itu, ia dapat meningkatk­an kekuatan pada otot perut, bahagian belakang badan dan memperbaik­i postur serta keseimbang­an badan.

Bagi senaman punches (tumbukan bertubi-tubi), antara kelebihann­ya dapat memantapka­n bahagian atas badan, bahu, otot perut dan bahagian belakang badan. Ia juga antara cara yang baik untuk melegakan tekanan.

Lompat bintang juga antara senaman mudah dilakukan oleh sesiapa saja, namun masih mempunyai banyak kelebihan termasuk meningkatk­an kadar degupan jantung dan metabolism­e, menguatkan sendi, mening-

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia