Harian Metro

Perkasa ilmu gaya hidup sihat

-

Sebagai mempromosi­kan gaya hidup sihat kepada orang ramai, syarikat penjagaan kesihatan swasta, Columbia Asia Sdn Bhd buat julung kalinya menganjurk­an Hari Kesihatan Komuniti. Program dijalankan di pekarangan Hospital Columbia Asia Klang itu bagi mempromosi­kan kesejahter­aan komuniti.

Sesuai dengan tema Di Sini Untuk Kamu, pusat perubatan itu berhasrat meningkatk­an tahap kesihatan dan kesejahter­aan komuniti dengan mendidik dan memperkasa­kan ilmu pengetahua­n orang ramai mengenai pentingnya memilih gaya hidup sihat.

Menurut Pengurus Besar Hospital Columbia Asia

Klang, Wong Wai Mun, orang ramai perlu mula mengamalka­n gaya hidup sihat untuk kehidupan jangka panjang yang lebih baik.

“Apabila kita menjaga tubuh, ia bukan sahaja membuatkan badan lebih cergas, tetapi emosi semakin stabil. Menerusi Hari Kesihatan Komuniti ini, orang ramai berpeluang mendapatka­n banyak maklumat dan informasi berguna, melakukan pemeriksaa­n serta khidmat nasihat di ruang ujian saringan,” katanya.

Antara aktiviti yang dianjurkan termasuk pemeriksaa­n kesihatan percuma untuk tekanan darah dan kolesterol, kempen menderma darah, penilaian fisiologi serta ujian saringan kesihatan asas oleh pegawai perubatan.

Semua pengunjung berpeluang menyertai aktiviti yang disediakan seperti pertanding­an Jus ‘Bike & Blend’, lukisan muka dan senaman zumba.

Kanakkanak juga mendapat ilmu mengenai fungsi ambulans dalam sesi lawatan, selain dihiburkan dengan kehadiran maskot Columbia Asia yang istimewa, Zoey The Parrot.

Pada acara itu, Columbia Asia turut memberikan penghormat­an kepada dua wira tempatan iaitu Reach Out Malaysia dan Pure Love Caring Fund atas usaha membantu komuniti di Klang.

Reach Out Malaysia adalah pertubuhan yang menumpukan usaha memberi nutrisi, bantuan perubatan dan latihan kemahiran untuk golongan miskin dan kurang bernasib baik, di samping membantu mereka kembali kepada masyarakat.

Sementara itu, Pure Love Caring Fund pula menyediaka­n keperluan asas untuk ibu tunggal, anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan termasukla­h golongan kurang bernasib baik.

“Kami amat menghargai sokongan Columbia Asia. Kami berazam akan terus memenuhi keperluan golongan kurang bernasib baik,” kata Pengasas Bersama Reach Out Malaysia (ROM), Feexa Nicoll.

 ??  ?? KEMPEN derma darah daripada
orang ramai.
KEMPEN derma darah daripada orang ramai.
 ??  ?? WONG bersama wakil daripada Reach Out Malaysia dan Pure Love Caring Fund yang membantu komuniti
di Klang.
WONG bersama wakil daripada Reach Out Malaysia dan Pure Love Caring Fund yang membantu komuniti di Klang.
 ??  ?? KANAK-KANAK gembira mendapat pelbagai maklumat.
KANAK-KANAK gembira mendapat pelbagai maklumat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia