Harian Metro

Tiga kali lempias nafsu

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tiga pertuduhan merogol seorang remaja perempuan di daerah ini, April lalu.

Tertuduh Barry Beridang, 30, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh dituduh merogol mangsa yang berusia 14 tahun di sebuah bilik di Hotel Sri Malaysia, di sini, antara jam 3 pagi hingga jam 4 pagi, April lalu.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh dituduh melakukan kesalahan sama di bilik yang sama antara jam 4 pagi hingga jam 5 pagi, seterusnya jam 5 pagi hingga jam 6 pagi, pada bulan yang sama.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak melebihi 30 tahun serta sebatan.

Mohd Hafizi kemudian menetapkan 3 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan tertuduh dibenarkan diikat jamin RM7,000 untuk setiap pertuduhan.

Selain itu, mahkamah juga mengarahka­n tertuduh untuk melapor diri setiap

 Lelaki dituduh perkosa remaja berulang kali

minggu di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lawas sehingga kes selesai.

Sebagai tambahan, lelaki itu juga tidak dibenarkan menghampir­i atau menghubung­i mangsa menerusi apa juga medium komunikasi sehingga kes selesai.

Prosiding pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa dari IPD Lawas Inspektor Idrus Arshad manakala tertuduh diwakili peguam Sam Layar.

Perbuatan keji tertuduh bersama ibu mangsa terbongkar selepas remaja itu mengadu dia dilacurkan ibunya kepada seorang lelaki April lalu sebelum menceritak­an kejadian kepada ketua kampungnya dan laporan polis dibuat 8 Oktober lalu.

Sebelum ini, ibu mangsa berusia 30 tahun bersama seorang wanita yang juga pemilik karaoke berusia 45 tahun dituduh di mahkamah sama atas pertuduhan melacurkan seorang remaja perempuan yang juga anak kandung seorang daripada tertuduh, April lalu.

 ??  ?? SUSPEK dibawa ke mahkamah atas tiga pertuduhan rogol.
SUSPEK dibawa ke mahkamah atas tiga pertuduhan rogol.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia