Harian Metro

Lelaki kantoi curi rantai emas

-

Seorang lelaki yang diburu polis sejak enam hari lalu kerana mencuri seutas rantai emas di kedai emas dekat Jalan Market, di sini, ditahan jam 6.30 petang kelmarin.

Suspek berusia 35 tahun ditahan di Jalan Ban Hock oleh orang awam selepas dilihat dalam keadaan mencurigak­an.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten

Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, suspek kemudian dibawa ke Balai Polis Sentral.

“Suspek adalah dalang kes curi rantai emas bernilai RM8,300, 11 Oktober lalu.

“Suspek yang juga penganggur dan berasal dari Sri Aman positif methamphet­amine dan kini direman untuk membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurut beliau, sebelum ini, seorang lelaki berusia 44 tahun yang juga rakan jenayah suspek ditahan pihaknya kurang enam jam selepas melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Jalan Rock.

Abang Ahmad berkata, dengan penahanan suspek, kes curi rantai itu dianggap selesai, namun siasatan lanjut masih dijalankan sekiranya suspek terbabit dalam kes lain sebelum ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Pada kejadian 11 Oktober lalu, dua lelaki menyamar sebagai pelanggan di sebuah kedai emas sebelum berpura-pura berminat membeli seutas rantai emas.

Ketika pekerja kedai memberi barang kemas itu kepada suspek untuk dicuba, suspek terus melarikan diri menaiki kereta yang di parkir tidak jauh dari premis berkenaan.

 ??  ?? SUSPEK dipercayai terbabit dalam kejadian curi di sini, kelmarin.
SUSPEK dipercayai terbabit dalam kejadian curi di sini, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia