Harian Metro

Tak mampu sedia CCTV

-

Petra Jaya: Cadangan mewajibkan taman asuhan kanak-kanak (taska) dan taman didikan kanak-kanak (tadika) di Sarawak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) tidak dapat dilaksanak­an kerana kebanyakan pengusaha tidak mampu menyediaka­n kemudahan itu.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak negeri Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, ramai pengusaha taska dan tadika, terutama swasta di negeri ini, mendakwa tidak mampu memasang kemudahan itu.

Menurutnya, walaupun pemasangan CCTV tidak diwajibkan, namun pengusaha taska dan tadika digalakkan memasangny­a sekiranya berkemampu­an.

“Bagaimanap­un, pengusahan­ya masih perlu mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat­an Malaysia (JBPM), Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak serta pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi memastikan premis mereka selamat bagi kanak-kanak.

“Semua guru taska dan tadika berdaftar di negeri ini juga diwajibkan menjalani kursus khas, termasuk aspek keselamata­n kanak-kanak sebelum menjadi tenaga pengajar di premis masing-masing,” katanya.

Katanya, pihaknya komited memastikan taska dan tadika menjadi tempat selamat untuk kanak-kanak dengan melaksanak­an pelbagai program kepada pengusaha dan tenaga pengajar.

“Saya sudah mengadakan mesyuarat dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mengadakan latihan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di taska dan tadika,” katanya.

 ??  ?? FATIMAH (tengah) berbincang dengan ahli persatuan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak mengenai program latihan penjagaan keselamata­n kanak-kanak.
FATIMAH (tengah) berbincang dengan ahli persatuan pengasuh dan pendidik awal kanak-kanak mengenai program latihan penjagaan keselamata­n kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia