Harian Metro

Kelaparan hingga petang

- Sandra Albertz am@hmetro.com.my

Pejabat Setiausaha Persekutua­n Sarawak menepis dakwaan kononnya kakitangan jabatan itu tidak berdisipli­n apabila keluar makan dan minum ketika waktu bekerja.

Setiausaha Persekutua­n Sarawak Datuk Mansor Man mengakui menerima laporan berhubung kejadian itu, namun beliau menafikan ia sebagai satu kesalahan disiplin kakitangan pejabatnya.

Beliau berkata, kejadian berlaku ketika satu majlis rasmi kerajaan di bandar ini, namun ia tidak membabitka­n kakitangan pejabatnya.

“Ia membabitka­n kakitangan awam jabatan kerajaan dari negeri lain, namun mereka berbuat demikian kerana keletihan dan masih belum menjamah makanan sehingga petang hari berkenaan.

“Mereka singgah sebentar menjamu selera di satu premis makan berhampira­n pejabat kerajaan, malangnya orang ramai salah anggap dan mendakwa mereka keluar pejabat ketika waktu bertugas,” katanya.

Beliau berkata demikian

 Pejabat Setiausaha Persekutua­n Sarawak nafi kakitangan keluar makan waktu bekerja

ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Hadiah Program Kembara Innovasi (Inno-Youth) Sempena Minggu Inovasi Peringkat Negeri Sarawak 2017 di sini, kelmarin.

Bagaimanap­un, Mansor berkata, pihaknya sentiasa mengalu-alukan orang ramai mengadu kepada pihak berkuasa sekiranya mendapati ada kakitangan awam melakukan kesalahan disiplin itu.

“Teknologi komunikasi membolehka­n orang awam menyalurka­n sebarang aduan dengan lebih mudah dan cepat kepada pihak pengurusan.

“Ia baik untuk kerajaan kerana kami boleh melakukan siasatan dan mengambil tindakan sekiranya benar ada berlaku salah laku berkaitan disiplin,” katanya ketika ditemui.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia