Harian Metro

‘MAKAN SAMPAI PUAS’

 Pesta Longgokan Ikan Bakar diserbu penggemar dari seluruh negara

- Norrasyida­h Arshad am@hmetro.com.my

Penganjura­n Pesta Longgokan Ikan Bakar di Pantai Morib di sini, mendapat sambutan menggalakk­an apabila bukan saja menerima kehadiran ratusan penggemar ikan segar dari seluruh negara, malah bekalannya turut hampir kehabisan.

Ia berikutan penganjur pesta masakan selama empat hari bermula semalam itu terpaksa mencari lebih tiga tan ikan, berbanding satu tan yang disasarkan sebelum ini.

Sehingga Sabtu ini, pelanggan boleh menikmati ikan bakar cencaru, pari, siakap dan tilapia dengan harga RM19.90 untuk dewasa, manakala RM9.90 bagi kanak-kanak.

Pemilik Terminal Ikan Bakar Batu Laut, Shahamid Samori, 50, berkata dia terpaksa membuat tempahan daripada nelayan tempatan dan meminta bantuan rakannya bagi mendapatka­n bekalan ikan segar.

“Saya tidak mahu acara itu menjadi seperti pesta makanan lain hingga menyebabka­n pelanggan atau pengunjung hampa kerana tidak dapat merasai ikan bakar resipi turun temurun keluarga saya.

“Hari ini (semalam), 100 pelanggan sudah menunggu di luar kawasan pesta sebelum ia dibuka malah ada yang terpaksa menunggu untuk masuk,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pesta yang julung kali diadakan itu sepatutnya hanya menyediaka­n satu tan ikan.

Kata Shahamid, pihaknya turut menerima tempahan beberapa individu dari luar Selangor yang datang secara berkumpula­n, malah ada yang membuat tempahan untuk 30 orang.

“Saya terpaksa mengehadka­n kehadiran pelanggan kerana bimbang bekalan ikan yang siap dibakar tidak mencukupi untuk pelanggan. Namun, pelanggan memahami cara saya dan terus sabar menunggu.

“Berdasarka­n sambutan hari pertama ini, saya menjangkak­an terpaksa mencari bekalan lebih, namun ia dapat diselesaik­an kerana tempahan sudah dibuat sebelum ini.

FAKTA Ikan bakar cencaru,

pari, siakap dan tilapia dengan harga RM19.90 untuk

dewasa

Setakat ini, hampir setengah tan ikan sudah dibakar,” katanya.

Sementara itu, peminat ikan bakar dari Nilai, Negeri Sembilan, Ruslan Zakaria, 52, berkata dia sanggup datang ke Morib kerana mahu menikmati keenakan ikan bakar berkenaan.

“Saya tahu mengenai pesta ini melalui rakan dan memang berniat untuk pergi. Tidak sia-sia saya datang kerana ikan yang disediakan segar selain kelazatan sambal cecah yang disediakan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PEKERJA Terminal Ikan
Bakar Batu Laut membakar ikan di Pesta Longgokan Ikan Bakar di Terminal Ikan Bakar Batu Laut, Pantai Morib
Baharu, Banting.
PEKERJA Terminal Ikan Bakar Batu Laut membakar ikan di Pesta Longgokan Ikan Bakar di Terminal Ikan Bakar Batu Laut, Pantai Morib Baharu, Banting.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PENGGEMAR ikan bakar datang dari dalam dan luar Selangor menikmati ikan bakar.
PENGGEMAR ikan bakar datang dari dalam dan luar Selangor menikmati ikan bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia