Harian Metro

Nasib malang remaja cari kepah di paya

-

Manjung: Hasrat seorang pelajar tingkatan tiga mencari kepah bertukar tragedi apabila dia ditemui lemas selepas dipercayai terjatuh di Kuala Manjung Point 5, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, mangsa, Muhammad Amirul Saiful Mazlan, 15, dipercayai ke lokasi kejadian bersama lima rakannya untuk mencari kepah.

Ibu mangsa, Norazrena Yahya, 37, berkata, dia dimaklumka­n mengenai kejadian menimpa anaknya itu kira-kira jam 7.30 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian bersama suami Mazlan Ibrahim, 40.

Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan anaknya itu beriadah di kawasan taman untuk bermain bola dan bersembang dengan rakan hampir setiap petang, namun akan pulang semula sebelum waktu solat Maghrib.

“Sebelum dia keluar semalam (kelmarin) selepas solat Asar, dia salam saya dan suami seperti biasa tanpa menunjukka­n sebarang kelakuan yang pelik.

“Saya menunggu dia pulang ke rumah sebelum menerima panggilan yang memaklumka­n dia hilang di kawasan paya berkenaan,” katanya di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Seri Manjung (HSM), di sini, semalam.

Norazrena berkata, Muhammad Amirul Saiful yang juga anak ketiga daripada empat beradik itu tidak memberitah­u mahu ke paya dan menyangka anak lelakinya itu beriadah seperti biasa bersama rakan.

“Dia seorang anak yang baik dan rajin membantu saya membuat kuih seawal jam 4 pagi untuk dijual, namun saya reda dengan ketentuan ini,” katanya.

Menurutnya, jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sitiawan selepas solat Zuhur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Muhamad Hanif Othman berkata, mangsa yang dipercayai mencari kepah bersama rakan-rakannya tidak dapat naik ke tebing selepas kakinya terbenam ke dalam paya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengangkat mangsa yang lemas di Kuala Manjung Point 5.
ANGGOTA bomba mengangkat mangsa yang lemas di Kuala Manjung Point 5.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia