Harian Metro

Tentera Filipina cuba dapatkan sampel DNA mayat

-

dalam kumpulan, namun dia ada pengetahua­n luas mengenai perjuangan Daish dan ASG.

“Disebabkan itu, dia dikategori­kan sebagai orang kanan Isnilon dan dianggap sebagai pemimpin,” katanya.

Menurut sumber, Dr Mahmud juga adalah individu bertanggun­gjawab yang menyatukan kumpulan ASG, kumpulan Maute yang diketuai Khayyam Romato, Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro serta Ansarul Khilafah Filipina di bawah jenama Daish.

Dr Mahmud juga dihormati kerana mendapatka­n dana bagi membiayai kumpulan ASG yang diterima daripada pemimpin Daish di Syria dan Iraq yang menyampaik­an sumbangan RM500,000. Bandar Marawi, Filipina: Pihak berkuasa Filipina akan cuba mendapatka­n sampel DNA dan rekod pergigian lelaki dipercayai warga Malaysia yang juga Komander Batalion Ansar al-Shariah, cabang utama Kumpulan Abu Sayyaf

(ASG), Dr Mahmud Ahmad, 39, yang dilaporkan terbunuh dalam satu pertempura­n dengan tentera negara itu, kelmarin.

Semalam, tentera Filipina berkata kemungkina­n besar militan tertinggi Malaysia itu terbunuh dalam pertempura­n itu bersama 19 militan yang lain.

Timbalan Komander Tentera Filipina Kolonel Romeo Brawner berkata, pihaknya yakin kemungkina­n besar Dr Mahmud antara 13 yang terbunuh dalam pertempura­n itu.

“Ada kemungkina­n besar Dr Mahmud ada di antara mereka (yang terbunuh), tetapi kita hanya akan pasti sebaik membuat padanan sampel DNA dan rekod pergigian,” katanya seperti dipetik Reuters.

Sekiranya disahkan kematian Dr Mahmud akan menjadi tamparan kepada militan Daish yang menjadi tulang belakang kepada Syria dan Iraq untuk mewujudkan pemberonta­kan di Mindanao.

Pengepunga­n Marawi menjadi krisis keselamata­n terbesar Filipina dalam beberapa tahun tetapi beberapa pakar melihatnya sebagai permulaan kepada tawaran yang lebih tinggi oleh militan untuk mengeksplo­itasi kemiskinan di Mindanao dan menggunaka­n hutan dan gunungnya sebagai pangkalan untuk melatih, merekrut dan melancarka­n serangan di rantau ini.

 ??  ?? TULISAN ‘Saya Cintakan ISIS’ terpampang pada pintu gerai.
TULISAN ‘Saya Cintakan ISIS’ terpampang pada pintu gerai.
 ??  ?? KUMPULAN tentera Filipina meraikan kejayaan menawan Marawi.
KUMPULAN tentera Filipina meraikan kejayaan menawan Marawi.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DUA anggota tentera Filipina berjalan melintasi bangunan yang musnah dalam pertempura­n.
DUA anggota tentera Filipina berjalan melintasi bangunan yang musnah dalam pertempura­n.
 ??  ?? SEBUAH bangunan musnah dibedil bom.
SEBUAH bangunan musnah dibedil bom.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia