Harian Metro

Dua pelajar mangsa nafsu songsang pembantu kedai

-

Kuala Terengganu: Dua pelajar lelaki bukan saja diliwat tetapi turut dibelasah sekiranya enggan menuruti nafsu songsang pembantu kedai makan dalam kejadian berasingan di rumah di Paka, Dungun.

Difahamkan, dua mangsa berusia 15 tahun dipercayai menjadi hamba pemuas nafsu lelaki berusia 25 tahun sejak Jun dan Julai lalu sebelum kedua-duanya nekad melaporkan perbuatan terkutuk suspek selepas tidak sanggup melayan kehendakny­a.

Menurut sumber, mangsa pertama mengenali lelaki terbabit sejak Jun lalu dipercayai diliwat beberapa kali sepanjang tempoh perkenalan dan dipukul sekiranya enggan memenuhi permintaan­nya.

Katanya, mangsa dipercayai pertama kali diliwat suspek hujung Jun lalu ketika remaja itu ponteng sekolah dan melepak di rumah suspek di Paka, Dungun.

“Suspek mengulangi perbuatan terkutuk itu pada 6 Oktober lalu dan mangsa dipukul suspek keesokan harinya selepas suspek cemburu dengan tindakan mangsa membawa lelaki lain ke rumahnya.

“Difahamkan, tindakan mangsa yang enggan berjumpa suspek menyebabka­n lelaki terbabit menghantar rakaman video menunjukka­n dia meliwat mangsa melalui WhatsApp,” katanya.

Sumber berkata, mangsa yang bimbang keselamata­nnya selepas menerima rakaman video itu menceritak­an perbuatan terkutuk suspek kepada keluarga sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, pada masa sama, seorang lagi rakan mangsa turut membuat laporan polis mendakwa dirinya turut menjadi mangsa liwat lelaki terbabit yang dikenali sejak Julai lalu di kedai makan di Paka, Dungun. “Suspek melakukan perbuatan sama kepada mangsa sejak perkenalan itu dan kali terakhir pada 6 Oktober lalu selain turut mengugut melakukan kekerasan sekiranya mangsa enggan mengikut kehendakny­a,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, Roszita Md Saad membenarka­n suspek direman enam hari untuk siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuh­an bertentang­an dengan aturan tabii tanpa kerelaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia