Harian Metro

‘Setan’ tertangkap jua!

- Zulfa Mohamad am@hmetro.com.my

 Polis tumpas tiga geng samun pecah kereta guna palam pencucuh diubah suai

Geng yang menjalanka­n kegiatan samun pecah kereta sekitar Hentian Rehat & Rawat (R&R) Sungai Dua tumpas berikutan tertangkap­nya tiga anggota kumpulan pada 9 Oktober lalu.

Tiga anggota geng ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara (IPDSPU) diketuai Asisten Superinten­dan Mohd Yusoff Ibrahim dalam Op Cantas di kawasan Sungai Lokan jam 12.10 tengah hari.

Difahamkan, tiga yang ditahan termasuk dalang utama geng dikenali dengan gelaran Setan.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, modus operandi digunakan suspek ialah menghampir­i kereta mangsa yang diletakkan di R&R sebelum memecahkan cermin kiri menggunaka­n palam pencucuh diubahsuai dan melarikan barang berharga.

Katanya, suspek berusia antara 24 hingga 28 tahun menjalanka­n kegiatan jenayah itu sejak Mac lalu mengakibat­kan kerugian RM50,000.

“Berikutan penahanan tiga suspek berkenaan, polis berjaya menyelesai­kan tujuh kes samun pecah kereta sekitar SPU.

“Polis kini memburu seorang lagi ahli geng berusia 20-an yang bebas dan berasal dari Sungai Dua,” katanya

Menurut Noorzainy, siasatan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah, mencuri dan pecah rumah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395, Kanun Keseksaan dan polis turut merampas beberapa alat pecah kereta dan penutup muka,” katanya.

 ??  ?? PALAM pencucuh yang diubah suai untuk memecahkan cermin
tingkap kereta mangsa.
PALAM pencucuh yang diubah suai untuk memecahkan cermin tingkap kereta mangsa.
 ??  ?? AHLI geng yang diburu polis.
AHLI geng yang diburu polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia