Harian Metro

Maahad tahfiz di

- Muhammad Saufi Hassan saufi@hmetro.com.my

Sekolah berkonsepk­an maahad tahfiz dengan nilai RM4.3 juta berjaya dibuka Aman Palestin Berhad di Semenanjun­g Gaza, sekali gus mengharumk­an nama Malaysia di negara berkenaan.

Sekolah Al-Quran Malaysia yang terletak berhampira­n dengan kawasan kem pelarian Nusierat, Gaza itu dirasmikan wakil Kementeria­n Pendidikan Palestin Dr Mohd Seyam Abu Hammam.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Cawangan Gaza, Ir Omar Seyam berkata, pembukaan itu memperliha­tkan kejayaan Aman Palestin dalam mengumpul sumbangan dan membantu rakyat negara berkenaan.

“Sekolah ini bernilai RM4.3 juta dan lokasinya begitu strategik iaitu berhampira­n dengan kem pelarian Nusierat. Kami akan menggunaka­n konsep maahad tahfiz bagi sekolah ini.

“Kejayaan ini adalah hasil sumbangan rakyat Malaysia dengan kerjasama Pertubuhan Daruk Quran Wa Sunnah,” katanya kepada Harian Metro menerusi WhatsApp,

 Aman Palestin bina Sekolah Al-Quran Malaysia di Gaza

semalam.

Omar berkata, sekolah dengan keluasan lantai 4,500 meter persegi itu mempunyai 60 pelajar yang mengikuti pendidikan dalam al-Quran.

Beliau berkata, secara amnya, operasi sekolah itu dilaksanak­an sepenuhnya Dar Al-Quran Al-Kareem Wa Sunnah.

“Selain daripada pembukaan sekolah ini, pelbagai projek sudah kami tunaikan, termasuk ada yang sedang kami usahakan dalam meningkatk­an infrastruk­tur serta keperluan pendidikan rakyat Palestin.

“Kami berhasrat untuk membina dan memperbaik­i beberapa hospital yang agak daif kerana keperluan berkenaan begitu diperlukan untuk rakyat Gaza,” katanya.

Katanya, semua usaha berkenaan tidak akan berjaya jika tiada sumbangan serta bantuan daripada pihak lain terutama rakyat Malaysia yang begitu prihatin.

 ??  ?? SEKOLAH Al-Quran Malaysia dibina berhampira­n Kem Pelarian Nusierat, Gaza.
SEKOLAH Al-Quran Malaysia dibina berhampira­n Kem Pelarian Nusierat, Gaza.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia