Harian Metro

MIDA lulus 226 projek biojisim

-

Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) meluluskan 226 projek biojisim bernilai RM2.92 bilion di negara ini setakat ini, kata Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan.

Beliau berkata, penerima utama pelaburan itu ialah Johor (RM733 juta), Selangor (RM571 juta), Sabah (RM472 juta) manakala Sarawak di kedudukan sembilan dengan 20 projek diluluskan bernilai RM93 juta.

“Banyak negara menunjukka­n minat untuk bekerjasam­a dengan syarikat Malaysia dalam aktiviti biojisim termasuk Jepun, Korea Selatan dan negara Eropah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidanga­n Biojisim Antarabang­sa Malaysia 2017 di Kuching, semalam

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah menyempurn­akan pelancaran persidanga­n dua hari itu di sini.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluannya, Ahmad berkata, Sarawak dan Sabah mempunyai potensi besar sebagai penggiat utama industri biojisim berdasarka­n jumlah ketersedia­an biojisim di kedua-dua negeri itu.

Beliau berkata, dua negeri itu mempunyai semua kriteria untuk menerajui rantau ini dan menjadi hab pemprosesa­n biojisim utama.

“Industri biojisim dianggap sebagai antara asas utama kepada kemampanan ekonomi sejak sekian lama.

“Malaysia memperoleh pengiktira­fan antarabang­sa sebagai antara destinasi pilihan untuk industri ini,” katanya.

Selain itu, menurutnya sektor biojisim tidak mencapai kemajuan yang sepatutnya kerana wujud isu dan cabaran seperti kelembapan ekonomi dunia, ketidakten­tuan harga minyak dan gas, kerumitan rantaian bekalan serta kematangan teknologi.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia