Harian Metro

‘Terbang’, rempuh, bunuh

- Daily Mail

 Anak jutawan terkenal bunuh enam pejalan kaki nyaris dibelasah orang ramai

Seorang wanita yang juga anak kepada jutawan terkenal Ukraine membunuh enam orang dan mencederak­an beberapa yang lain apabila kereta mewahnya melanggar lampu merah serta merempuh pejalan kaki di tempat lintasan menyebabka­n pengawal peribadi yang mengiringi­nya menaiki dua jip bergegas menghalang orang ramai yang berang daripada membelasah­nya.

Alyona Zaitseva, 20, tidak mengalami kecederaan selepas Lexus dipandunya melanggar kereta lain sebelum terpusing di udara dan terus merempuh orang ramai yang menunggu untuk melintas jalan dalam kejadian di bandar Kharkiv.

Antara mangsa yang maut ialah seorang remaja perempuan berusia 15 tahun manakala seorang wanita hamil tujuh bulan tersenarai sebagai pesakit kritikal.

Rakaman video di tempat kejadian menunjukka­n mangsa yang cedera dan terbunuh bergelimpa­ngan.

Pengawal peribadiny­a terus mengelilin­gi keretanya untuk menghalang orang ramai mengheretn­ya keluar dan memukulnya.

Seorang saksi yang membantu mangsa cedera berkata, keadaan tidak ubah seperti medan perang.

Alyona adalah pelajar dan anak kepada jutawan pemilik syarikat tenaga tempatan, Vasily Zaitsev.

Dia pada mulanya ditahan selama tiga hari untuk siasatan, tetapi polis mengesahka­n dia tidak mabuk ketika kejadian.

Jika didapati bersalah dia berdepan hukuman penjara 10 tahun.

Bagaimanap­un, ramai yang bimbang dia akan dibebaskan daripada sebarang tuduhan disebabkan pengaruh bapanya, walaupun bukti mengatakan dia tidak mengendahk­an lampu merah.

 ??  ?? ALYONA
ALYONA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia