Harian Metro

Mesti iktiraf Israel, bubar Hamas

-

Baitulmaqd­is: Pembantu kanan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam berkata, kerajaan perpaduan Palestin mesti mengiktira­f Israel dan membubarka­n Hamas dalam kenyataan pertama Washington sebagai respons terhadap perjanjian yang ditandatan­gani minggu lalu.

Kenyataan itu bagaimanap­un ditolak pegawai kanan Hamas, Bassem Naim sebagai ‘campur tangan langsung’ dalam hal ehwal Palestin, tanpa membayangk­an sama ada kumpulan itu merancang untuk akur dengan tuntutan berkenaan.

Wakil khas Trump untuk rundingan antarabang­sa, Jason Greenblatt - yang berulang kali melawat rantau berkenaan untuk mencari jalan memulakan semula rundingan damai - sudah meletakkan beberapa syarat berkaitan perjanjian itu.

“Sebarang kerajaan Palestin mesti secara jelas dan langsung komited menentang kekerasan, mengiktira­f kerajaan Israel, menerima perjanjian terdahulu dan tanggungja­wab yang sudah diagihkan kepada setiap pihak selain komited terhadap rundingan secara aman.

“Jika Hamas mahu memainkan sebarang peranan dalam kerajaan Palestin, ia mesti menerima syarat asas ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarat diletakkan itu sehaluan dengan prinsip yang sebelum ini digariskan Kuartet Asia Barat - AS, Kesatuan Eropah (EU), Russia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pergerakan Fatah di bawah Presiden Palestin, Mahmud Abbas minggu lalu menandatan­gani perjanjian dengan Hamas di Kaherah yang mengakhiri perbalahan selama 10 tahun.

Mahmud dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengiktira­f Israel, tetapi tidak Hamas.

Hamas juga disenaraih­itamkan sebagai organisasi pengganas oleh AS serta EU. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia