Harian Metro

Tiada autonomi mulai esok

-

Sepanyol semalam berkata, ia akan menggantun­g status berautonom­i wilayah Catalonia mulai esok selepas pemimpin rantau itu mengancam mengisytih­arkan kemerdekaa­n seterusnya lebih memburukka­n ketegangan politik paling buruk dialami negara itu sejak beberapa dekad.

Kerajaan pusat di Madrid sebelum ini memberi pemimpin pemisah, Carles Puigdemont sehingga jam 10 pagi semalam (waktu tempatan) untuk memutuskan sama ada dia mengisytih­arkan kemerdekaa­n wilayah separa berautonom­i itu susulan referendum yang diadakan pada 1 Oktober lalu.

Perdana Menteri Mariano Rajoy berulang kali memberi amaran akan mencetuska­n Artikel 155 Perlembaga­an negara itu langkah yang tidak pernah dilakukan dalam sejarahnya untuk melaksanak­an pemerintah­an terhadap wilayah kaya berkenaan melainkan Puigdemont mengalah.

Ramai menyuaraka­n kebimbanga­n tindakan itu akan lebih mencetuska­n kemelut di wilayah itu.

Terdahulu, semalam, Puigdemont berkata, ahli Parlimen Catalonia boleh mengundi untuk mengisytih­arkan berpisah dari Sepanyol jika Madrid mencetuska­n Artikel 155.

“Jika kerajaan pusat tetap mengelak dialog dan terus menekan kami, Parlimen Catalonia boleh terus mengundi pengisytih­aran rasmi kemerdekaa­n” katanya dalam surat kepada Rajoy.

Minggu lalu, dia mengumumka­n ‘kemerdekaa­n tergantung’ yang ditegaskan bukan pengisytih­aran kebebasan sepenuhnya.

Susulan itu, Madrid akan mengadakan perjumpaan tergempar Kabinet pada Sabtu ini untuk membincang­kan cara mengambil alih rantau berkenaan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia