Harian Metro

TSC kukuh cengkaman

 Aiman menangi peringkat ketiga Tour of Selangor 2017

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Team Sapura Cycling (TSC) mengukuhka­n cengkaman di Tour of Selangor 2017 selepas berakhirny­a tiga peringkat perlumbaan, semalam.

Pasukan berstatus benua itu memenangi peringkat ketiga menerusi pelumbanya dari Indonesia, Aiman Cahyadi selepas Muhammad Zawawi Azman memenangi peringkat pertama, Selasa lalu.

Aiman menamatkan perlumbaan dari Shah Alam ke Pandan Indah sejauh 110 kilometer dengan masa dua jam 39 minit 19 saat dengan pelumba skuad kebangsaan, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri kedua diikuti Saufi Mat Senan dari Sitra Kelantan Cycling Team, ketiga.

“Fokus hari ini mengekalka­n jersi kuning yang dipakai Zawawi. Kami berjaya merapatkan jurang dengan empat pelumba yang melakukan pemecahan sejak awal apabila memasuki dua zon pendakian di Bukit Hantu dan Bukit Ampang.

“Mungkin kelebihan kepada kami kerana setiap hari sejak awal tahun menjalani latihan di sini dan cukup kenal dengan laluan ini. Jadi menghampir­i puncak Bukit Ampang, saya melakukan kayuhan secara bersendiri­an meninggalk­an kelompok besar dan tiada yang mengejar sekali gus secara solo melintasi garisan penamat,” jelas pelumba berusia 24 tahun itu.

Ia juga kemenangan peringkat pertama baginya sebagai pelumba profesiona­l sejak memulakan karier pada 2012.

“Rasa amat berbaloi dengan kemenangan ini kerana sudah lebih dua bulan tidak pulang ke Bandung berjumpa keluarga akibat jadual yang padat,” tambahnya.

Rakan sepasukann­ya, Zawawi masih mengekalka­n jersi kuning selaku pendahulu individu keseluruha­n serta jersi pecut dan bukit.

TSC turut mendahului kategori pasukan terbaik keseluruha­n apabila mengumpul 25.38:51s.

 ?? FOTO: OSMAN ADNAN ?? AIMAN dari TSC merai kemenangan di garisan penamat perlumbaan peingkat ke-3 Tour of Selangor.
FOTO: OSMAN ADNAN AIMAN dari TSC merai kemenangan di garisan penamat perlumbaan peingkat ke-3 Tour of Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia