Harian Metro

Final dalam genggaman

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Rentak cemerlang pemain lelaki negara memastikan sekurang-kurangnya satu slot perlawanan akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia, sah menjadi milik pemain Malaysia.

Pada aksi suku akhir yang berlangsun­g di Arena Nicol David Bukit Jalil semalam menyaksika­n Ng Eain Yow dan Ivan Yuen berjaya menewaskan lawan masing-masing untuk menempah pertemuan sesama sendiri pada separuh akhir hari ini.

Eain Yow yang juga juara remaja dunia 2016 paling menyerlah apabila melakar kejutan menewaskan pilihan keenam yang juga pemain ke-57 dunia dari Mesir, Mazen Gamal 13-11, 3-11, 11-6, 11-1.

Kejayaan Eain Yow yang juga pemenang pingat emas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan berada di tangga ke-77 dunia itu membuktika­n ranking bukan penentu kepada kemenangan.

Sementara itu, juara kebangsaan Ivan Yuen mudah menewaskan pemain muda negara, Sanjay Singh 12-10, 11-5, 11-3.

“Saya sudah biasa bermain dengan Sanjay. Saya tahu caranya bermain dan dia juga seorang pemain yang hebat dan mempunyai kelebihan tersendiri.

“Dia masih muda dan berbakat, namun perlu belajar lagi. Apapun, saya gembira dapat mengawal pergerakan­nya untuk menang perlawanan ini,” katanya.

Berdasarka­n ranking, Ivan menjadi pertaruhan terbaik negara untuk merangkul kejuaraan selepas ketiadaan Mohd Nafiizwan Adnan yang terpaksa menarik diri akibat kemalangan dan tumbangnya pilihan pertama, Alan Clyne pada pusingan pertama.

Mengulas mengenai Eain Yow yang akan ditentang di separuh akhir nanti, Ivan berkata, dia tidak mahu terlalu memikirkan banyak perkara dan hanya memberi yang terbaik dan menikmati perlawanan dengan corak permainann­ya sendiri.

Jika berjaya muncul juara, ia gelaran pertama Ivan dalam siri jelajah Persatuan Skuasy Profesiona­l (PSA) dalam tempoh dua tahun. Untuk rekod, Ivan sudah berjaya meraih enam gelaran PSA setakat ini.

 ??  ?? IVAN (kiri) menentang Sanjay di Arena Nicol David, semalam.
IVAN (kiri) menentang Sanjay di Arena Nicol David, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia