Harian Metro

Gabby janji bangkit

- Zulfaizan Mansor & Rizar Mohd Noor sukan@hmetro.com.my

Johor Bahru: Penyerang import Johor Darul Ta’zim (Johor DT), Gabriel Guerra berazam mempamer aksi lebih meyakinkan apabila berdepan Perak pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, esok.

Pemain yang sinonim dengan panggilan ‘Gabby’ di kalangan rakan sepasukan itu berjanji untuk bangkit mempamer aksi terbaiknya pada pertemuan itu nanti.

Guerra berkata, dia kecewa selepas gagal membantu skuad Harimau Selatan melakar kemenangan pada separuh akhir pertama, Ahad lalu yang berkesudah­an seri 1-1 walaupun dia sendiri memiliki peluang mencipta jaringan.

Katanya, selaku penyerang sudah tentu sandaran diletakkan kepadanya untuk menjaringk­an gol namun pada aksi separuh akhir pertama lalu, segala-galanya serba tidak menjadi apabila gerakannya dapat dipatahkan barisan pertahanan skuad Bos Gaurus.

“Saya tidak menafikan pada babak pertama persembaha­n yang ditonjolka­n tidak seperti biasa dan jelas amat mengecewak­an saya,” kata pemain kelahiran Argentina itu.

“Namun ia berubah pada babak kedua apabila kami kembali menguasai perlawanan dan berjaya melakukan percubaan berbahaya ke gawang Perak.

“Paling saya tidak lupakan ialah di babak pertama apabila saya hanya berdepan dengan penjaga gol Perak (Hafizul Hakim Khairul Nizam) yang bertindak pantas merampas bola dari kaki ketika saya hampir melakukan rembatan ke gawang lawan.

“Apapun, ia sudah berlalu dan sememangny­a amat mengecewak­an namun pada aksi separuh akhir kedua sudah tentu saya akan bangkit dengan persembaha­n lebih mantap kerana ada baki 90 minit perlawanan lagi dan peluang mara ke pentas final agak cerah dan kami harus fokus setiap detik pada perlawanan itu,” katanya.

Walaupun Perak tampil dengan corak permainan ‘luar biasa’ pada separuh akhir pertama, namun Guerra optimis Johor DT mampu mengimbang­i kekuatan skuad kendalian Mehmet Durakovic yang pasti hadir dengan aksi permainan pantas untuk menidakkan kelebihan jaringan di tempat lawan yang dimiliki Johor DT.

Katanya, latihan intensif sepanjang persiapan menghadapi Perak sebaik pulang dari Ipoh, sudah mula menampakka­n kesan apabila semua pemain Harimau Selatan ingin memburu kemenangan.

“Kita mahu menang dan melangkah ke final. Kesempatan beraksi di laman sendiri tidak boleh dilepaskan namun di sebalik keghairaha­n memburu kemenangan kami perlu berwaspada dan tidak boleh membiarkan lawan menguasai perlawanan.

“Malah, saya akan cuba sedaya upaya untuk menjaringk­an gol walaupun pergerakan saya pasti diawasi pertahanan Perak tetapi itu bukan masalah kerana sebagai pemain saya harus sentiasa beri yang terbaik,” kata Guerra. Johor Bahru: Kelebihan satu gol di tempat lawan yang dimiliki Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ketika ini dianggap masih belum menjamin tiket untuk mereka mara ke final Piala Malaysia.

Perkara itu diakui jurulatih, Ulisses Morais sambil menegaskan anak buahnya perlu memberi fokus 100 peratus untuk meraih kemenangan ke atas Perak pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, esok.

Katanya, segala kelebihan terutama beraksi di gelanggang sendiri harus digunakan skuad kendaliann­ya untuk memastikan impian mara ke final dapat direalisas­ikan selepas 90 minit perlawanan.

“Kami tetap melakukan persediaan terbaik untuk mengharung­i perlawanan separuh akhir kedua dan kami juga mahukan kemenangan.

“Perak pasukan yang bagus dan kami mungkin ada sedikit kelebihan gol tempat lawan. Tapi ia belum menjamin sepenuhnya untuk kami ke final.

 ??  ?? GUERRA mahu bantu Johor DT mara final Piala Malaysia.
GUERRA mahu bantu Johor DT mara final Piala Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia