Harian Metro

Kontrovers­i tidak jejas misi Syafiq

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

Alor Setar: Penyerang muda Kedah, Muhammad Syafiq Ahmad menegaskan kontrovers­i yang melanda dirinya langsung tidak menjejaska­n misinya membantu pasukan layak ke final Piala Malaysia tahun ini.

Pemain berusia 22 tahun itu berkata, selagi dia menyarung jersi Kedah, komitmenny­a tidak berbelah bahagi.

“Bagi saya sendiri, bila kita tahu perkara di media sosial ini, ia boleh mengganggu mana-mana pemain tapi bagi saya sendiri, saya masih ada kontrak dengan Kedah sehingga November. Jadi waktu sekarang saya masih menyarung jersi Kedah. Tak ada apa mengganggu fikiran saya.

“Selagi saya dengan Kedah, apa yang Kedah nak sekarang ini, itu yang saya nak,” katanya kepada Arena Metro.

Syafiq, bintang skuad bawah 22 tahun negara (B-22) yang memenangi pingat perak Sukan SEA Kuala Lumpur Ogos lalu dihimpit kontrovers­i apabila dikaitkan dengan perpindaha­n ke kelab juara Liga Super Johor Darul Ta’zim (Johor DT) musim depan.

Ia susulan gambarnya bertemu dengan pemilik kelab Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi tular di laman sosial.

Bagi Syafiq, dia tetap mahu meneruskan misi Kedah mempertaha­nkan kejuaraan Piala Malaysia namun sedar perlu terlebih dulu mengatasi halangan separuh akhir kedua menentang FELDA United di Stadium Darul Aman, esok.

Dan dia bersedia bersaing merebut tempat dalam kesebelasa­n utama selepas diketepika­n ketika seri 1-1 dalam aksi pertama di Jengka, Ahad lalu.

(gambar)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia