Harian Metro

Rita belum sedia jadi ‘tua’

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Enggan terima watak wanita berusia selagi masih ditawarkan sebagai heroin

Pelakon jelita Rita Rudaini mengakui belum bersedia memikul watak wanita berusia meskipun usianya kini sudah menjengah 41 tahun.

Kata Rita, dia tidak akan sesekali mengambil tawaran terbabit selagi dirinya masih menerima watak heroin dalam setiap drama atau filem yang bakal dibintangi­nya.

“Jujur saya belum bersedia untuk memikul watak wanita berusia. Bukan mahu berlagak atau membangga diri, tetapi saya memegang prinsip selagi rezeki masih ada untuk watak utama saya akan menjaganya dengan baik.

“Lagipun, industri seni hiburan mempunyai ramai pelakon yang lebih berusia dan bersesuaia­n dengan karakter terbabit,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Safi Rania Gold Beetox.

Menurut Rita, dia juga berharap pihak produksi drama mengambil kira pelakon yang bersesuaia­n dengan had umur sebelum menghasilk­an sesebuah drama.

“Saya jadi geram apabila ada drama yang menampilka­n pelakon utamanya seakan-akan sebaya dengan ibunya. Melihat keadaan itu, saya akan tutup TV kerana tidak boleh menghayati watak yang mereka lakonkan.

“Bagi saya pihak produksi perlu mengambil kira setiap pelakon yang membintang­i drama mereka,” katanya.

Sementara itu, Rita memberitah­u, dia tidak mahu berlakon di sisi pelakon lebih muda kerana tampak kurang sepadan dengan dirinya.

Katanya, dia sangat menitikber­atkan perkara terbabit bagi mengelakka­n rasa kekok dalam lakonan.

“Saya sangat menitikber­atkan siapa gandingan saya dalam drama atau filem bagi memastikan tidak kekok kerana perbezaan usia yang ketara. Kadangkala, saya turut beri cadangan kepada pihak produksi untuk dipertimba­ngkan.

“Saya tertekan kalau digandingk­an dengan pelakon yang lebih muda. Biarlah gandingan saya itu dilihat sepadan dan matang supaya kami dapat menghidupk­an watak itu dengan baik dan sampai kepada penonton ,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rita bakal muncul dengan sebuah drama membawakan watak antagonis berganding­an dengan Fasha Sandha.

 ??  ?? Saya tertekan kalau digandingk­an dengan pelakon yang lebih muda. Biarlah gandingan saya itu dilihat sepadan
Saya tertekan kalau digandingk­an dengan pelakon yang lebih muda. Biarlah gandingan saya itu dilihat sepadan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia