Harian Metro

Hantu nakal namun baik hati

-

Mesej secara sindiran dalam teater komedi seram, Kontena 404

Menerusi Main-Main” yang akan dipentaska­n di Lambang Sari, Istana Budaya bermula 20 Oktober (malam ini) sehingga 22 Oktober.

Teater kesembilan arahan Raja Azrey terbitan DBI Entertainm­ent bergenre komedi seram ini dijayakan Tauke Jambu, Miera Liyana, Lokman Harmin, Adam AF, Rani Kulop, Adam Shahz, Falah Bassim dan ramai lagi.

Raja Azrey berkata, dia dan barisan pelakon serta kru produksi sudah bersedia untuk memberikan hasil terbaik kepada peminat.

“Kami sememangny­a bersungguh-sungguh untuk menjayakan teater ini. Latihan sudah dimulakan sejak awal September lalu di studio DBI di Ampang.

“Mulanya kami berlatih empat kali seminggu pada fasa awal dan di fasa akhir, kami buat lima kali seminggu,” katanya.

Menurut Raja Azrey, genre komedi seram memang kegemarann­ya dan ini memberi kelebihan buatnya untuk menggarap plot cerita dengan baik.

“Ia juga memudahkan kerana setiap isi penceritaa­nnya sangat dekat dan berkait rapat dengan kehidupan masyarakat kita.

“Watak hantu sengaja saya wujudkan dalam cerita ini dan konflik bersama manusia diperbesar­kan kerana saya mahu penonton menilai dan mendapat mesej penting yang cuba disampaika­n di dalam kehidupan mereka,” katanya.

Persoalan siapa jahat? sama ada manusia atau hantu sengaja ditimbulka­n bagi difikirkan penonton.

Raja Azrey berkata, dia lebih memfokuska­n hubungan kekeluarga­an dalam teater ini selain unsur cinta luar biasa hantu terhadap manusia.

“Saya bukan sengaja mahu menakut-nakutkan penonton, tapi hanya mengetenga­hkan elemen seram sebagai konsep di dalam naskhah ini.

“Apa yang pasti penonton akan menyukai hantu ini kerana wataknya yang sangat nakal, tapi baik hati serta kelakar. Saya suka sampaikan mesej secara sindiran dan komedi kerana ia mudah diterima sesiapa sahaja, namun masih berlapik tanpa menyentuh isuisu sensitivit­i khususnya rakyat malaysia,” katanya.

Menurut Raja Azrey, dia sengaja memilih Tauke Jambu kerana memiliki ciri-ciri hantu jantan yang petah berkata-kata, lincah, boleh menyanyi, menari dan paling penting pandai berjenaka.

“Dia berjaya menyalurka­n watak seperti yang saya inginkan. Tauke juga komited dengan latihannya.

“Paling mengagumka­n saya, dia sanggup menampilka­n kelainan dengan cuba menari. Miera juga begitu, sangat komited dan rajin berlatih.

“Insya-Allah saya yakin dengan kesemua pelakon saya dan mereka tak sabar untuk beraksi,” katanya.

Tiket untuk menonton berharga RM34 ,RM64 dan RM94 boleh didapati menerusi www. ilassotick­ets.com.

 ??  ?? RAJA Azrey (barisan kedua tiga dari kiri) bersama barisan tenaga produksi.
RAJA Azrey (barisan kedua tiga dari kiri) bersama barisan tenaga produksi.
 ??  ??
 ??  ?? SESI latihan teater ini.
SESI latihan teater ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia