Harian Metro

GNN WADAH KEPRIHATIN­AN

-

DARI MUKA 1

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, GNN adalah lambang sokongan nelayan terhadap kerajaan.

“Ia juga menunjukka­n kesungguha­n MOA khususnya Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dalam menjaga kebajikan nelayan.

“Nelayan adalah wira yang tidak didendang memberi pendapatan kepada negara, memajukan negara dan memberi makanan protein kepada rakyat.

“Nelayan adalah penyokong kita dan perlu diambil kepedulian yang lebih kepada mereka. GNN adalah kombinasi antara nelayan dan kerajaan.

“Kita tahu apa yang dilakukan kerajaan bukan sekadar memberi elaun bulanan tetapi kerajaan mengambil perhatian kepada sektor perikanan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan GNN 2017 di Kuala Kerteh, Terengganu, baru-baru ini.

Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin

Abd Rahman.

Pada program itu, Ahmad Zahid turut mengumumka­n peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi program GNN yang akan dijadikan sebagai acara tahunan.

“Penganjura­n GNN adalah simbolik sokongan kerajaan terhadap nelayan yang sentiasa bertungkus­lumus mencari hasil protein untuk dinikmati rakyat.

“Peruntukan tambahan ini di luar daripada peruntukan sedia ada supaya GNN dapat diadakan setiap tahun malah tempat ini (Kuala Kerteh) boleh dijadikan lokasi ikonik atau mungkin diadakan di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, GNN 2017 menyelami kehidupan masyarakat nelayan dengan lebih mendalam, budaya, permainan dan cara hiburan mereka.

“Ia usaha kita menyanjung mereka. Menyanjung cara mereka mencari makan untuk keluarga dan diri mereka. Mereka berikan kita nikmat ikan, udang, sotong dan ketam.

“Program ini adalah satu perkara yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia berlaku pada kali ini.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia