Harian Metro

OH! SYOKNYA COCA-COLA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Kebanyakan remaja kini sinonim mengamalka­n gaya hidup lebih sihat demi menjaga kesihatan untuk jangka panjang.

Malah, tidak hairan jika ada yang menjauhi minuman manis kerana bimbang akan risiko kesihatan yang mungkin timbul daripada gaya pemakanan tanpa mengambil kira kandungan gula dan kalori harian.

Seiring dengan itu, Coca-Cola Malaysia melancarka­n produk terbaru iaitu CocaCola Zero Sugar yang boleh dinikmati penggemar minuman tanpa gula dan tanpa kalori.

Istimewany­a Coca-Cola Zero Sugar ini adalah kerana rasanya hampir sama dengan Coca-Cola Klasik (Coca-Cola Classic) dengan resipi terbaru menggantik­an CocaCola Zero sebelum ini.

Jadi, ia memberi pilihan kepada pengguna yang ingin mengawal pengambila­n gula dan kalori dalam badan.

Produk ini juga tidak perlu diragui kerana dilengkapi Logo Pilihan Lebih

Sihat (HCL) yang disahkan Kementeria­n Kesihatan sebagai pilihan lebih sihat dalam kategori sama.

Pengarah Pemasaran Coca-Cola Malaysia Tish Condeno berkata, pihaknya sedar ramai yang menggemari rasa CocaCola asli.

“Kami juga sedar ramai dalam kalangan mereka mahu mengurangk­an pengambila­n gula tetapi enggan mencuba variasi tanpa gula kerana mereka fikir rasanya tidak sebaik yang asli.

“Disebabkan itu, kami rasa teruja untuk memperkena­lkan Coca-Cola Zero Sugar yang baru, yang menyamai rasa Coca-Cola asli tetapi tanpa gula dan tanpa kalori.” katanya.

Selain rasanya yang dipertingk­atkan serta nama baru, Coca-Cola Zero Sugar dilancarka­n selaras dengan strategi Satu Jenama atau ‘One Brand’ bagi memberi pilihan kepada pengguna namun mengekalka­n keaslian jenama Coca-Cola.

Coca-Cola Malaysia turut menyokong pelancaran Coca-Cola Zero Sugar dengan kempen pemasaran yang menggalakk­an orang ramai merasai dan memilihnya sebagai alternatif minuman tanpa gula dan tanpa kalori.

Untuk keterangan lanjut mengenai Coca-Cola Malaysia, layari www.coca-cola. com.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia