Harian Metro

Bisikan semangat

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Sejak dulu, Fernleaf bukan sekadar memberi banyak kebaikan kepada keluarga, malah turut membantu perkembang­an sosial masyarakat. Komited untuk terus menyokong keperluan nutrisi semua, jenama itu menyeru rakyat Malaysia melakukan lebih banyak kebaikan menerusi kata-kata positif dan dorongan kepada keluarga, rakan dan orang tersayang yang membantu kita mengejar impian.

Mengimbau kembali kisah wanita termuda Malaysia yang berjaya menakluki Gunung

Everest pada 2013, Siti Hanisah Sharuddin mengukir nama di puncak tertinggi dunia itu dengan dibantu ‘suara kebaikan’.

Pada ketinggian lebih 8,000 meter, Siti Hanisah terdengar bisikan suara di telinganya. Bisikan itu bukan datang dari udara tipis yang dihadapi ketika menempuh kilometer terakhir sebelum tiba ke puncak Everest.

Malah, bisikan itu bukan juga suara ghaib, walaupun dia menemui banyak mayat pendaki yang meninggal dunia dalam perjalanan ke puncak. Bisikan itu adalah suara kedua-dua ibu bapanya!

“Ketika itu saya sudah hampir pengsan. Tetapi, telinga saya dipenuhi dengan bisikan kata-kata semangat daripada keduadua ibu bapa, hinggakan sukar untuk mengalah,” kata Siti Hanisah ketika menceritak­an pengalaman­nya.

Wanita ini teruja mengimbau banyak kenangan manis sepanjang perjalanan­nya ke Everest sambil duduk bersantai di ruang tamu rumah keluargany­a di Negeri Sembilan. Di sisinya, berdiri kabinet kaca yang penuh dengan pingat sukan.

Pada 23 Mei 2013, Siti Hanisah mencatatka­n rekod sebagai pendaki wanita termuda Malaysia yang berjaya menawan Gunung Everest. Ketika itu dia baru berusia 23 tahun. Kepulangan Siti Hanisah disambut meriah.

Bercerita lanjut, katanya bisikan suara yang didengar bukanlah semuanya positif. Ketika wanita bertubuh kecil ini mula menyuaraka­n citacita untuk menawan Tujuh Puncak (gunung tertinggi di tujuh benua di dunia), ramai rakan menasihati­nya supaya berpijak di bumi nyata.

“Kemusykila­n mereka berasas. Saya bukanlah pendaki gunung yang berpengala­man. Kepakaran sebenar saya pada tanah rata. Saya adalah pelumba jalan kaki ketika belajar di Sekolah Sukan Bukit Jalil.

“Jadi, sebaik saja memulakan latihan intensif bersama pasukan ekspedisi, saya mula sedar bahawa pengalaman mendaki saya hanya terhad kepada gunung di Malaysia dengan keadaan yang sangat kurang mencabar berbanding Tujuh Puncak.

“Tidak dinafikan kata-kata negatif memang boleh mematahkan semangat, tetapi saya memberi tumpuan kepada latihan dan banyak bertanya soalan kepada pakar untuk mendapatka­n nasihat serta panduan tepat,” katanya.

Ternyata cakapcakap orang gagal melemahkan Siti Hanisah. Dia membuktika­n kemampuan diri apabila berjaya sampai ke puncak Gunung Elbrus, satu daripada Tujuh Puncak yang diangankan.

“Apabila saya meluahkan hasrat mendaki Everest kepada ibu bapa, mereka hanya mampu terdiam. Mereka begitu bimbang dengan keselamata­n saya sewaktu mendaki.

“Namun, akhirnya ibu bersuara. Katanya, ‘kita boleh mati ketika melakukan sesuatu yang bahaya. Kita juga boleh mati sambil duduk di kerusi rumah’. Gembiranya apabila bukan setakat memberi ‘lampu hijau’, tapi turut menyelitka­n kata semangat. Ibu mahu saya meneruskan cita-cita dan melakukan apa yang terbaik untuk masa depan,” katanya.

Selepas berjaya menakluki Gunung Everest, Siti Hanisah mendaki empat lagi Tujuh Puncak. Dia berjaya sampai ke puncak Gunung Kilimanjar­o di Afrika dan Gunung Kosciuszko di Australia, tetapi tidak berjaya menawan Gunung Aconcagua di Argentina dan Gunung McKinley di Amerika Utara.

Wanita kental itu kini sedang berehat selepas melahirkan anak pertamanya beberapa bulan lalu. Tumpuannya sekarang adalah untuk menjadi seorang ibu, namun tetap berjanji untuk kembali mendaki sedikit masa lagi.

Bagi Siti Hanisah, dia masih mempunyai citacita yang belum dicapai iaitu menjadi warga Malaysia pertama yang menakluki semua Tujuh Puncak.

 ??  ?? SITI Hanisah bersama ibunya.
SITI Hanisah bersama ibunya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia