Harian Metro

Dimensi baru teh

-

Teh kini sudah menjadi sebahagian besar daripada budaya Asia. Di Malaysia, hidangan teh panas atau sejuk, beraroma atau berkrim cukup disukai dan diminum hampir semua lapisan masyarakat.

Buat kali pertama di Malaysia, Unilever

Food Solutions (Lipton) berganding bahu dengan Monin untuk memberi satu konsep serba baru buat pencinta teh dalam menaik taraf cita rasa minuman ini ke tahap yang lebih menarik.

Mengetenga­hkan #MixTealogy, satu ramuan sempurna dari teh Lipton yang digabungka­n dengan sirap berkualiti premium, Monin. Campuran kreatif dan unik ini bukan sahaja menawarkan kenikmatan sajian teh, malah membuka ruang luas untuk rasa inovasi #MixTealogy tanpa batas.

Ditubuhkan di Bourges, Perancis pada 1912, Monin adalah pengeluar utama perisa gourmet premium. Ia boleh didapati di lebih

150 negara dengan tawaran 175 perisa termasuk sos gourmet, puri buah-buahan dan serbuk frappe untuk ciptaan rasa minuman yang tanpa had.

Ketua Negara UFS Malaysia Nusrat Perveen berkata, pihaknya teruja menampilka­n satu dimensi serba baru untuk menikmati teh selepas pelancaran semula siri teh Sir Thomas J Lipton tahun lalu.

“Hari ini, Lipton adalah jenama terkemuka di dunia dan dijual di lebih

150 negara. Lipton menjadi jenama pertama yang menjual daun teh dalam uncang dengan lebih 100 bilion minuman teh ini dinikmati di seluruh dunia.

“Pelanggan kini menetapkan satu standard dalam menikmati cita rasa hidup yang menakjubka­n. Sebab itu, kami perkenalka­n #MixTealogy, untuk memberi lebih inspirasi kepada pelanggan dalam memberi kepuasan kepada tetamu,” katanya.

Teh ais tergolong dalam lima pilihan minuman sejuk paling popular kerana kesegarann­ya sehingga menimbulka­n persepsi positif di media sosial. Dengan gabungan kepakaran dua jenama besar ini, #MixTealogy dilihat bakal membawa satu lagi kejutan menarik untuk pengguna setia jenama itu.

“Sebagai peneraju perniagaan perkhidmat­an makanan, Unilever Food Solution cukup berbangga dengan jenama Lipton serta rakan kerjasaman­ya, Monin. Kami komited untuk memberi lebih banyak inspirasi kepada pengusaha makanan dengan latihan yang wajar, memberi mereka jalan penyelesai­an mudah bagi menarik kunjungan pelanggan.

“Pengusaha makanan adalah nadi kami. Untuk itu, kami akan sentiasa berusaha membantu menyediaka­n minuman terbaik untuk merangsang pertumbuha­n perniagaan mereka,” katanya.

 ??  ?? DARI kiri, Presiden Monin Olivier Monin bersama Nusrat dan Pengarah Urusan Monin Asia Jim White ketika pelancaran media rasmi Lipton & Monin’s #MixTealogy.
DARI kiri, Presiden Monin Olivier Monin bersama Nusrat dan Pengarah Urusan Monin Asia Jim White ketika pelancaran media rasmi Lipton & Monin’s #MixTealogy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia