Harian Metro

Patin bakar pikat selera keluarga

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my BAHAN-BAHAN CARA-CARA TIP

Sajian sesuai untuk wanita baru berjinak-jinak

ke dapur

Kesuntukan masa menyediaka­n hidangan untuk keluarga selepas pulang dari tempat kerja berlaku pada hampir setiap ibu berkerjaya.

Mengeluark­an bahan masakan dari ruangan sejuk beku, mencuci, menyediaka­n rencah, menumis, merebus, menggoreng, segalanya memerlukan kepantasan luar biasa.

Jika tidak, besar kemungkina­n anak dan suami hanya sempat menjamah nasi berlaukkan telur dadar dan kicap.

Sebenarnya, kerja memasak tidaklah sukar. Memasak juga tidak memerlukan bakat khusus untuk menjadikan sajian yang dihidang enak dan lazat. Memadai jika anda bijak merasa.

Rahsia juadah enak terletak pada lidah individu yang memasak itu sendiri. Sekiranya anda tergolong dalam kelompok yang baru berjinak-jinak ke dapur, luangkan sedikit masa untuk merasa bahan asas masakan seperti rempah ratus, jenis bawang, daun herba, sos, kicap dan sebagainya.

Begitu juga ketika menjamah makanan di kedai. Perhatikan rasa, bau, bahan kasar dan tekstur sajian sebagai panduan memasak di rumah.

Sebagai percubaan untuk mereka yang masih amatur di dapur, apa kata cuba resipi ringkas ikan patin bakar. Ia bukan saja mudah, tetapi dijamin berupaya menambat hati suami serta anak-anak.

Paling penting, sajian ringkas ini mampu menutup kekurangan anda sebagai orang baru di dapur. Ini bermakna, anda boleh mencuba resepi sama untuk menambat hati mentua dan saudara apabila mereka datang bertandang.

Usah bimbang dengan pemilihan jenis ikan. Jika anda bukan peminat ikan sungai, pilih sama ada kerisi, kembung atau tenggiri. Seeloknya gunakan ikan isi putih kerana lebih manis dan mudah disesuaika­n dengan rasa bahan perapan.

Sajian ini boleh dipanggang, grill atau digoreng seperti biasa. Namun untuk cita rasa lebih sihat, kurangkan tabiat menggoreng dalam aktiviti memasak! 1 ekor ikan patin (boleh pilih ikan atau ayam)

4 inci halia (separa lumat) 1 labu bawang putih (separa lumat)

2 batang serai (dicincang) 1 sudu cili giling

4 sudu sos tiram

1 sudu serbuk kunyit

Secubit garam dan gula 1. Sediakan semua bahan. Toskan ikan. 2. Sediakan bekas yang dialas dengan plastik untuk memudahkan proses meratakan bahan. Masukkan ikan.

3. Satukan semua bahan dimulai dengan bawang putih, halia, serai, serbuk kunyit, cili giling dan perasakan dengan baik. Ratakan.

4. Panaskan kuali.

Masukkan sesudu minyak. 5. Susun ikan bersama bahan perapan. Kemudian tutup. 6. Pastikan semua bahagian ikan dimasak sempurna. 7. Sedia dihidangka­n.

Ikan patin bakar ini enak dimakan bersama nasi panas. Pastikan bahan-bahan ditumbuk separa lumat untuk mendapatka­n tekstur menarik. Bahan yang ditumbuk terlalu lumat boleh menghasilk­an air berlebihan ketika proses memasak.

Seeloknya, potong ikan yang besar kepada dua bahagian. Ikan kecil tidak perlu dipotong. Kecuali jika anda mahu menghidang­kan dalam bahagian yang kecil. Jika anda memilih ikan patin, gunakan limau nipis untuk membersihk­an kotoran dan lebihan lemak di bahagian perut.

Gunakan kuali menggoreng tidak melekat untuk hasil terbaik.

Selain ikan, bahan perapan juga sesuai untuk ayam, sotong dan daging.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia