Harian Metro

Gagal seludup 50 tong LPG

- Nasrawati Syarifuddi­n hmkk@hmetro.com.my

 PPM pintas tiga lelaki warga Indonesia cuba bawa keluar barang kawalan ke negara jiran

Hasrat tiga lelaki warga Indonesia menyeludup keluar 50 tong gas petroleum cecair (LPG) ke negara jiran gagal selepas tiga bot jongkong dinaiki mereka ditahan di perairan Tanjung Batu, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 pagi, juragan warga asing berusia 20 hingga 50 tahun ditahan sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) yang melakukan rondaaan di kawasan berkenaan.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata, sebelum kejadian pihaknya mengesan tiga bot dinaiki tiga lelaki dalam keadaan mencurigak­an di perairan Tanjung Batu.

Beliau berkata, anggota PPM memintas bot berkenaan dan melakukan pemeriksaa­n lanjut.

“Pemeriksaa­n mendapati ketiga-tiga juragan bot warga Indonesia dan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Hasil pemeriksaa­n dalam bot jongkong dinaiki mereka membawa kepada penemuan 50 tong gas LPG dipercayai cuba diseludup keluar ke Indonesia tanpa permit sah,” katanya.

Beliau berkata, ketiga-tiga juragan bersama barangan rampasan dibawa ke pangkalan PPM Tawau untuk tindakan lanjut.

“Keseluruha­n nilai rampasan termasuk tiga bot jongkong dan enjin dianggarka­n RM103,570.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Perkara 3 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya.

Menurutnya, operasi dijalankan hasil kerjasama Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bersama Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK).

Beliau berkata, PPM Tawau menggiatka­n usaha penguatkua­saan dan bekerjasam­a dengan orang awam memastikan kes penyeludup­an barang kawalan di perairan daerah ini dibanteras.

 ??  ?? TONG LPG yang dirampas.
ANGGOTA PPM menahan lelaki warga Indonesia dan merampas
bot yang digunakan.
TONG LPG yang dirampas. ANGGOTA PPM menahan lelaki warga Indonesia dan merampas bot yang digunakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia