Harian Metro

‘THANK YOU ATUK SAYANG’

- Mohd Jamilul Abia Md Denin dan Nurul Hidayah Bahaudin am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur

Ayat ‘berbunga-bunga’ dipenuhi madah pujangga cinta. Itu antara taktik kitar semula digunakan sindiket Love Scam untuk menggoda lelaki tempatan terutama golongan lelaki pencen serta warga emas.

Sindiket beranggapa­n lelaki warga emas lebih mudah digoda hanya dengan menggunaka­n gambar gadis jelita berusia 20-an.

Perkara itu didedahkan wanita dikenali sebagai Halimah, 40, selepas bapanya dipukau hingga menjadi tidak keruan angkara jenayah ahli sindiket Love Scam yang menyamar sebagai gadis Malaysia dan bekerja di United Kingdom (UK).

“Bapa saya angau selepas berkenalan dengan gadis itu di laman sosial

Facebook beberapa bulan lalu. Gadis itu turut mengirim ‘gambar comelnya’ kepada bapa saya.

“Sekali pandang, gadis itu cukup menawan namun saya yakin ia gambar individu lain yang sengaja diguna pakai sindiket bagi memperdaya mangsa,” katanya yang berasal dari Banting, Selangor.

Menurutnya, bapanya yang berusia 60-an teruja dengan perkenalan itu dan bermati-matian percaya identiti gadis itu wujud.

“Ia ditambah dengan pelbagai ayat-ayat manis dihantar kepada bapa saban hari melalui aplikasi WhatsApp menyebabka­n bapa bagaikan jatuh cinta.

“Gadis itu juga memberitah­u akan pulang ke tanah air untuk berjumpa bapa. Semua ini memang tidak masuk akal kerana jarak usia mereka yang terlalu jauh selain bapa yang semakin uzur,” katanya.

Menurutnya, gadis itu turut merayu bantuan bapanya untuk membeli rumah di negara ini dengan alasan dia mahu kembali bekerja di Malaysia.

“Namun segalanya terbongkar selepas gadis itu memberitah­u kononnya ada menghantar kotak berisi hadiah kepada bapa saya minggu lalu.

“Gadis itu mendakwa kotak itu berisi barangan berharga term wang tunai, hadiah jam tanga mewah dan pemberian lain k untuk bapa.

“Dia turut memberikan nom telefon untuk dihubungi sekir berjaya memperoleh kotak di itu melalui khidmat syarikat kurier,” katanya.

Namun dia serta ahli keluar syak ia adalah perangkap ber taktik sama kerap digunakan sindiket Love Scam atau Parc Scam untuk menipu mangsa yang didedahkan Harian Metr sebelum ini.

“Memang sukar untuk meyakinkan bapa berhubung perkara ini. Namun selepas ditunjukka­n bukti keratan ak berhubung penipuan Love Sc selain pendedahan mangsa la di internet, bapa terus memutuskan hubungan itu.

“Syukur kerana bapa berkongsi maklumat perkena itu. Jika tidak, bapa mungkin diperdaya ribuan ringgit oleh sindiket terbabit,” katanya.

 Lelaki 60-an tertipu cuba petik cinta gadis Malaysia konon tinggal di UK

 ??  ??
 ?? Halimah ?? ANTARA ayat cinta yang digunakan
suspek bagi menjerat mangsa. Bapa saya angau selepas berkenalan dengan gadis itu di laman sosial Facebook beberapa bulan lalu. Gadis itu turut mengirim ‘gambar comelnya’ kepada bapa saya”
Halimah ANTARA ayat cinta yang digunakan suspek bagi menjerat mangsa. Bapa saya angau selepas berkenalan dengan gadis itu di laman sosial Facebook beberapa bulan lalu. Gadis itu turut mengirim ‘gambar comelnya’ kepada bapa saya”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia