Harian Metro

MONA SYAMIMI DIPERMAINK­AN SHAHIR?

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

 Mimi kesal Shahir nafi hubungan, hanya anggap peminat

“Bukan sekali dua kami keluar bersama tetapi kerap. Malah, sepanjang sebulan perkenalan dia sering meluahkan perasaanny­a.”

Itu penjelasan Mona Syamimi Mohd Samsudin atau lebih dikenali sebagai Mimi yang didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Shahir AF8 seperti yang tular baru-baru ini.

Mimi berkata, dia kesal juara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) itu mendakwa dia hanyalah peminat atau penyokongn­ya dalam AF Megastar.

“Bukan mahu memburukka­n namanya, tetapi saya terasa hati apabila selama ini dia hanya anggap saya sebagai peminat. Hampir setiap hari saya habiskan masa dengannya dan berbalas mesej. Takkan itu dikatakan sebagai peminat? Sungguh tidak masuk akal.

“Sepanjang perkenalan, dia ada meluahkan rasa rindu dan sayang menerusi kiriman WhatsApp yang dihantar. Dia seoalah-olah memberi harapan kepada saya namun tidak sangka apabila isu ini tular, dia cuba mengelak.

“Lebih baik dia beritahu kami hanya berkawan. Apabila perkara ini menjadi bualan, orang luar menganggap saya gila glamor dan sengaja memburuk-burukkan Shahir,” kata Mimi.

Mimi mengakui dirinya rasa dimalukan apabila Shahir mengeluark­an kenyataan sedemikian.

“Kami kerap keluar makan dan menonton wayang. Malah dia menjemput saya di rumah. Kami juga sering berbual menerusi aplikasi Facetime.

“Saya harap dia betulkan kenyataann­ya kerana perkara ini menjejaska­n kerjaya saya,” katanya.

Mimi berkata, sejak isu terbabit tular, Shahir ada menghubung­inya beberapa kali namun dia belum bersedia untuk bercakap dengan penyanyi itu.

Sementara itu, Shahir menerusi laman Instagramn­ya menyatakan apa yang berlaku satu sabotaj membabitka­n penyertaan­nya dalam AF Megastar akhir yang berlangsun­g Ahad ini.

Dalam kenyataan sama, Shahir menegaskan ada pihak cuba menutup periuk nasinya dan dia membuat keputusan menarik diri daripada program itu. Kuala Lumpur: Penyanyi Azharina Azhar, 32, kini mengambil seorang lagi anak angkat yang diberi nama Redha Azharin Azhar.

Bayi lelaki yang dilahirkan kelmarin dengan berat 3.2 kilogram itu anak angkat ketiganya selepas anak angkat pertama dan keduanya, Rahmat Azharin Azhar dan Rizqie Azharin Azhar.

“Alhamdulil­lah, ini satu lagi rezeki untuk saya dah keluarga. Pada April lalu ibu kepada Redha menghubung­i saya, lebih kurang sebulan selepas Rizqie meninggal dunia.

“Dia meminta saya menjadikan bayi yang dikandungn­ya sebagai anak angkat kerana berdepan masalah kewangan sebagai ibu tunggal.

“Namun, pada waktu itu saya tidak menjanjika­n apa-apa kerana bersedih dan belum bersedia,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai pemilihan nama anak ketiganya itu, Azharinya berkata ia ada kaitan dengan Rizqie.

“Redha bererti kami sekeluarga reda dengan pemergian Rizqie. Sekali pandang, wajah Redha seiras Rahmat dan Rizqie,” katanya.

Ditanya mengenai pengasuh yang ditugaskan untuk menjaga anak angkatnya itu, Azharina berkata, pemilihan kali ini lebih teliti.

“Saya trauma selepas kehilangan Rizqie. Kali ini, saya mengambil pengasuh yang bertauliah dan berpengala­man untuk menguruska­n Redha,” katanya.

Azharina turut meluahkan hasratnya membuka rumah anak yatim bagi membantu keluarga yang kurang berkemampu­an untuk membesarka­n anak.

“Saya menjadikan pelakon Angelina Jolie sebagai inspirasi. Kalau boleh, saya ingin membuka rumah anak-anak yatim atau pusat asuhan untuk menjaga anak-anak ini,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SHAHIR
SHAHIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia