Harian Metro

ABAI ROKOK SELUDUP RM113,000

Lima lelaki lolos ke hutan selepas bot dipintas

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

Sebanyak 11,000 karton rokok putih pelbagai jenama bernilai lebih RM113,000 dirampas Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Kuala Linggi (DM5) hasil pemeriksaa­n terhadap sebuah bot di perairan Tanjung Gemok, Lukut, Negeri Sembilan, jam 5 pagi semalam.

Pengarah Maritim DM5 Kepten Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata, rokok berkenaan dipercayai diseludup sindiket dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, sebelum itu, pihaknya menerima maklumat mengenai kehadiran bot yang mencurigak­an dipercayai dari Indonesia yang memasuki perairan negara lalu mengekorin­ya selama sejam.

“Bot berkenaan dipintas di perairan Tanjung Gemok. Bagaimanap­un, lima lelaki dalam bot berkenaan dapat meloloskan diri ke hutan paya berhampira­n sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaa­n dalam bot menemui rokok putih bernilai RM113,080 mengikut harga pasaran semasa,” katanya pada sidang media di pejabat APMM DM5, Kuala Linggi, di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya turut menyita bot berkenaan yang dilengkapi tiga enjin jenis Yamaha dianggarka­n bernilai RM250,000 untuk siasatan lanjut.

Katanya, nilai keseluruha­n rampasan RM363,080.

“Kami akan terus memantau aktiviti sindiket penyeludup­an rokok itu dan memerlukan kerjasama daripada masyarakat maritim untuk menyalurka­n maklumat,” katanya.

 ??  ?? PEGAWAI dan anggota APMM menunjukka­n rokok seludup yang dirampas di perairan Tanjung Gemok, Lukut, semalam.
PEGAWAI dan anggota APMM menunjukka­n rokok seludup yang dirampas di perairan Tanjung Gemok, Lukut, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia