Harian Metro

1% lelaki di Kelantan hidap kanser payudara

-

Kota Bharu: Satu peratus daripada 300 pesakit yang dikenal pasti menghidap kanser payudara di Kelantan dalam tempoh setahun adalah golongan lelaki.

Pakar Kanser Payudara dan Endokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata, penyakit itu jarang dikesan berlaku pada lelaki.

“Kanser payudara dihidapi oleh lelaki lebih agresif berbanding wanita dan risiko kematianny­a juga lebih tinggi.

“Kebiasaann­ya mereka yang dikesan menghidap kanser payudara berumur antara 40 hingga 50 tahun, malah ada juga yang berusia 20-an dan 30-an,” katanya pada Program Pink Walk Kaseh Orang Kota Bharu (OKB) Hospis Bestari di Padang Maktab Sultan Ismail, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad dan Duta Kanser OKB Datuk Khadijah Ibrahim.

Pink Walk anjuran kali kedua dengan kerjasama POKB, Hospis Kelantan dan Unit Penyelidik­an serta Kesedaran Kanser Payudara (Bestari) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) membabitka­n 7,000 penyertaan.

Penyertaan itu terdiri daripada orang awam, pesakit kanser payudara, penuntut institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan yang berjalan sejauh 4.5 kilometer.

Dr Imi Sairi berkata, acara itu memberi peluang kepada orang ramai untuk menyertai kegiatan fizikal menyeronok­kan dan bermakna secara aktif serta pada masa sama, membantu pesakit kanser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia