Harian Metro

‘Saya mahu lihat jasad adik’

-

Georgetown: “Jika benar dia meninggal dunia, saya reda namun mahu lihat jasadnya,” itu kata kakak kepada seorang mangsa tertimbus dalam runtuhan di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, di sini, semalam.

Muslifah Salis, 40-an, yang juga kakak kepada pekerja warga Indonesia dikenali sebagai Erwin berkata, dia menerima panggilan berhubung kejadian terbabit pada jam 10.30 pagi dan bergegas dari Kuala Lumpur ke negeri ini.

Menurutnya, adiknya itu sudah enam tahun bekerja di negeri ini sebagai pekerja kontrak dan akan pulang ke rumahnya setiap kali mendapat cuti.

“Ibu kami meninggal dunia selepas melahirkan adik dan dia dijaga ibu angkatnya sejak kecil.

“Saya serta ibu angkat adik datang ke negeri ini untuk melihat situasi sebenar di lokasi kejadian,” katanya.

Muslifah tiba bersama ibu angkat adiknya dan ahli keluarga lain di lokasi kejadian kira-kira jam 5 petang.

Sejurus tiba di depan pintu masuk, kedua-duanya hanya beristighf­ar dan mengucapka­n perkataan Allahuakba­r beberapa kali sebelum ditenangka­n ahli keluarga lain.

Suasana pilu itu ternyata menyentuh perasaan orang ramai yang turut melihat keadaan mereka sekeluarga.

Sementara itu, usaha mengeluark­an mayat tertimbus dalam kejadian tanah runtuh terbabit dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya dua hingga tiga hari berikutan keadaan tanah runtuh terbabit yang mencapai kedalaman sehingga 25 meter selain bercampur lumpur.

Usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan sebelum dihentikan pada jam 7 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia