Harian Metro

TARAH BUKIT DEKAT KUARI

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor dan Mohd Amin Jalil am@hmetro.com.my

Pembinaan rumah mampu milik di Tanjung Bungah, Georgetown, Pulau Pinang yang berdekatan dengan kuari menjadi antara punca berlaku runtuhan tanah yang menyebabka­n 14 pekerja tertimbus di tapak pembinaan itu, semalam.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jarak lokasi pembinaan dengan kuari itu dianggarka­n sekitar 500 meter.

Beliau berkata, projek pembinaan itu mendapat kelulusan, namun beberapa aspek didapati melanggar peraturan.

“Selain lokasi yang berdekatan kuari, kita juga dapati sebaik bukit ditarah, cerun tidak diuruskan dengan baik. Ketika cuaca panas, ia tidak mendatangk­an masalah tapi bila hujan, air meresap ke kawasan cerun, sekali gus tanah menjadi lembap,” katanya pada sidang media selepas menyempurn­akan sambutan Hari Alam Sekitar Peringkat Kebangsaan 2017 di Bandar Seri Sendayan di sini, semalam.

Beliau menyifatka­n tragedi yang berlaku itu akibat kecuaian manusia yang tidak menguruska­n alam sekitar dengan baik.

“Kita selama ini beria nak buat pembinaan tetapi tidak menguruska­n alam sekitar dan hasilnya dapat dilihat hari ini. Jika kita gagal menguruska­nnya dengan baik, kesan alam sekitar itu berbalik pada kita,” katanya.

Malah, beliau juga memberi bayangan jika projek pembinaan sudah siap, ia mungkin meragut ramai nyawa selepas penduduk mendiami kediaman berkenaan.

“Buat masa ini, kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains dikerahkan ke lokasi. Mereka akan melihat sendiri keadaan sebenar sebelum tindakan lanjut diambil,” katanya.

Kuala Lumpur: Kedutaan Indonesia di Malaysia sedang mendapatka­n maklumat mengenai rakyatnya yang terlibat dengan tragedi tanah runtuh di tapak projek pembinaan rumah mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, semalam.

Menurut Koordinato­r Fungsi Penerangan, Sosial dan Budayanya Agus Badrul Jamal, setakat ini pihaknya mengenal pasti dua rakyatnya sebagai antara mangsa yang terlibat.

“Tim Konsulat Jenderal Republik Indonesia (RI) di Pulau Pinang sudah bertemu dengan keluarga seorang daripada mangsa itu dan masih menunggu keluarga lain dari Indonesia datang ke sini,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang dikenal pasti itu lelaki. - BERNAMA

 ?? MUHAMMAD MIKAIL ONG, RAMDZAN MASIAM ?? KEJADIAN di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang menyebabka­n 14 orang tertimbus.
MUHAMMAD MIKAIL ONG, RAMDZAN MASIAM KEJADIAN di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah yang menyebabka­n 14 orang tertimbus.
 ??  ?? UNIT Anjing K9 membantu mencari mangsa tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.
UNIT Anjing K9 membantu mencari mangsa tanah runtuh di tapak pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia