Harian Metro

KUMPULAN SAMA

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Empat penjenayah berpistol, tukul samun kedai emas dalam buruan polis

Sekumpulan penjenayah yang menyamun kedai emas di dalam sebuah pasar raya di Prima Saujana, di sini, Rabu lalu adalah kumpulan sama yang terbabit dengan kes samun di sekitar daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff berkata, pihaknya mendapati penjenayah itu adalah suspek yang sama dan masih diburu berkaitan kes samun kedai emas yang lain di daerah itu.

“Berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diperoleh dari kedai emas berkenaan, kami mendapati mereka adalah individu yang sama dikehendak­i polis berkaitan kes samun kedai emas.

“Ia dilihat berdasarka­n pemakaian dan bentuk fizikal suspek yang sama dengan individu yang sedang giat diburu itu,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, empat lelaki yang bersenjata­kan pistol dan tukul menyamun kedai emas berkenaan dengan membawa lari sebanyak 10 dulang barang kemas dianggarka­n bernilai RM180,000.

Kejadian itu turut mengakibat­kan salah seorang pekerja kedai emas berkenaan cedera di kepala akibat dipukul oleh suspek sebelum dia dibawa ke Hospital Kajang, di sini, untuk rawatan lanjut.

Ahmad Dzaffir berkata, pihaknya sedang giat mengesan keempat-empat suspek berkenaan berpanduka­n rakaman CCTV dari pasar raya dan kedai emas berkenaan.

“Kami sedang mengenal pasti identiti semua suspek berkenaan melalui pemakaian dan bentuk fizikal mereka.

“Pada masa yang sama, kami yakin semua suspek akan berjaya diberkas dalam tempoh masa terdekat,” katanya.

 ?? Ahmad Dzaffir ?? ANGGOTA forensik polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian. Berdasarka­n rakaman CCTV kedai emas, kami mendapati mereka adalah individu yang sama dikehendak­i polis berkaitan kes samun kedai emas”
Ahmad Dzaffir ANGGOTA forensik polis menjalanka­n siasatan di tempat kejadian. Berdasarka­n rakaman CCTV kedai emas, kami mendapati mereka adalah individu yang sama dikehendak­i polis berkaitan kes samun kedai emas”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia