Harian Metro

AMBIL SAMPEL ISTERI, ANAK

- Salman Hamat salman@hmetro.com.my

Malaysia tunggu maklum balas kerajaan Filipina

bagi ujian pengesahan DNA Dr Mahmud

Polis sudah mengambil sampel daripada isteri dan anak ketua baru Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) Dr Mahmud Ahmad yang dilaporkan terbunuh di Marawi City, Filipina untuk menjalanka­n ujian asid deoksiribo­nukleik (DNA).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Terrorism (E8), Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu sebagai persediaan sementara menunggu maklum balas kerajaan Filipina bagi menjalanka­n ujian pengesahan berkenaan.

Menurutnya, pengesahan DNA itu perlu walaupun kerajaan Filipina mengisytih­arkan bekas pensyarah itu terbunuh dalam pertempura­n di Marawi City, Rabu lalu.

Katanya, kerajaan tidak akan membuat pengesahan rasmi berhubung kematian selagi tidak ada bukti seperti anggota badan atau serpihan mayatnya ditemui.

“Kalau terbunuh, di mana mayatnya. Kalau mayat tidak dapat dikenal pasti, boleh buat ujian DNA, sekarang kita tunggu kerajaan Filipina minta sampel DNA untuk ujian pengesahan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an ceramah pada program Wacana Kelestaria­n Keselamata­n dan Keharmonia­n Negara peringkat negeri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka, Bukit Beruang di sini, semalam.

Dalam perkembang­an sama, Ayob berkata, tiga individu termasuk seorang calon Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) ditahan di Pasir Puteh, Kelantan, minggu lalu selepas disyaki merancang serangan bom pada program

di Solaris Dutamas dan mereka dijangka didakwa tidak lama lagi.

Menurutnya, polis perlu mendapatka­n lebih banyak bukti mengenai pembabitan ketiga-tiga suspek dalam kumpulan militan sebelum mengambil tindakan lanjut.

“Sekarang ini tidak ada pemantauan atau program kesedaran mengenai Daish dianjurkan di sekolah. Berdasarka­n maklumat, guru dan rakan tahu apa pelajar itu buat, contohnya menghasilk­an lukisan mujahidin ketika menyertai pameran lukisan.

“Pelajar melukis gambar jari telunjuk ke atas iaitu simbol kalimah tauhid dan bukannya 1Malaysia selain tidak menyanyika­n lagu Negaraku. Guru tidak boleh diam dalam perkara ini, ibu bapa juga kena pantau anak yang terpengaru­h dengan kumpulan militan ini,” katanya.

Sebelum ini, pihak berkuasa Filipina mendakwa besar kemungkina­n Dr Mahmud terkorban dalam pertempura­n di Marawi. Bagaimanap­un, tiada bukti bergambar atau pengesahan identiti dibuat.

Malah, pemimpin kanan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) juga tidak dapat memastikan sama ada beliau benar-benar terkorban atau sebaliknya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammudd­in Hussien juga dipetik berkata, setakat ini, beliau belum mendapat pengesahan rasmi berhubung perkara itu.

 ??  ?? TENTERA Filipina yang menyertai pertempura­n di Marawi tiba di Pengkalan Udara Villamor di selatan Manila, semalam.
TENTERA Filipina yang menyertai pertempura­n di Marawi tiba di Pengkalan Udara Villamor di selatan Manila, semalam.
 ?? Ayob Khan Mydin Pitchay ?? Kerajaan tidak akan membuat pengesahan rasmi berhubung kematian beliau selagi tidak ada bukti seperti anggota badan atau serpihan mayatnya ditemui”
Ayob Khan Mydin Pitchay Kerajaan tidak akan membuat pengesahan rasmi berhubung kematian beliau selagi tidak ada bukti seperti anggota badan atau serpihan mayatnya ditemui”
 ??  ?? DR Mahmud
DR Mahmud

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia