Harian Metro

Maut bergesel sembilan motosikal

-

Seorang remaja lelaki maut ketika dirawat di Hospital Melaka selepas motosikaln­ya terbabit dalam kemalangan dengan lapan motosikal lain di Jalan Pantai, Dataran 1Malaysia, Klebang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi, mangsa, Faisal Hanafi, 21, meninggal dunia akibat parah di kepala manakala dua lagi rakannya patah paha kanan dan kaki kiri.

Setakat ini, penunggang lain dilaporkan mengalami luka dan pendarahan pada hidung, mulut, leher, tangan, kaki serta badan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkua­saan Trafik negeri Superinten­dan

Mohd Sham Abdullah berkata, kemalangan berlaku ketika kumpulan berkenaan yang menunggang motosikal Yahama 125Z, Yamaha RXZ dan Honda EX5 dipercayai berlumba.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas motosikal ditunggang­i kumpulan berkenaan bergesel sesama sendiri sebelum bertembung dan terbalik.

“Kumpulan itu dipercayai berlumba dari Jalan Limbongan menghala Dataran 1Malaysia sebelum berlaku kemalangan yang menyebabka­n seorang mangsa maut. Mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan kecemasan dengan empat ditahan di wad manakala yang lain menerima rawatan pesakit luar.

“Semua yang terbabit dalam kemalangan itu berusia 16 hingga 21 tahun. Ada yang sudah tidak bersekolah, buruh serta penganggur. Kami akan menjalanka­n semakan sama ada mereka mempunyai lesen atau tidak,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga kesal dengan tindakan pihak tertentu dipercayai ahli keluarga dan waris mangsa yang mengalihka­n serta membawa motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu pulang ke rumah.

Katanya, pihaknya menubuhkan pasukan petugas untuk mengesan ahli keluarga, waris atau rakan mangsa dalam usaha mendapatka­n semula motosikal berkenaan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaa­n Kenderaan Berkompute­r (PUSPAKOM).

“Kami juga menahan lapan penunggang dengan sampel darah mereka diambil untuk dihantar ke makmal bagi mengesan sama ada mereka mengambil alkohol, dadah atau bahan larangan lain,” katanya.

 ??  ?? KEMALANGAN membabitka­n sembilan motosikal di Jalan
Pantai, Dataran 1Malaysia, Klebang.
KEMALANGAN membabitka­n sembilan motosikal di Jalan Pantai, Dataran 1Malaysia, Klebang.
 ??  ?? MOHD Sham
MOHD Sham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia