Harian Metro

PROMOSI 10 PERCUMA 1 WECHAT

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Sindiket pelacur warga asing dipercayai baru pindah seminggu ke hotel diserbu imigresen

Petaling Jaya

Datang 10 kali, percuma satu kali. Itu promosi satu sindiket pelacuran yang baru beroperasi di sebuah hotel di Kota Damansara melalui aplikasi WeChat.

Sindiket berkenaan didapati mempromosi­kan kegiatan mereka dengan memuat naik gambar wanita berpakaian seksi disyaki warga asing dengan pakej serendah RM200.

Bagaimanap­un, aktiviti pelacuran itu diserbu Jabatan Imigresen (JIM) Putrajaya jam 9.30 malam kelmarin dan menahan sembilan wanita warga asing disyaki pelacur.

Jurucakap JIM berkata, operasi selama sejam itu diketuai Timbalan Penolong Pengarah JIM Putrajaya Mohd Yuzaiman Ahmad dengan kekuatan 11 anggota dan pegawai.

“Daripada risikan dilakukan, sindiket berkenaan baru sahaja berpindah seminggu dari sebuah premis lain di Kota Damansara ke hotel berkenaan.

“Ketika serbuan dilakukan terdapat sembilan wanita warga asing berpakaian seksi menunggu pelanggan.

Turut ditemui beberapa kondom baru dan yang digunakan,” katanya.

Beliau berkata, seorang lelaki warga tempatan turut ditahan dipercayai penjaga premis kerana didapati melindungi warga asing dan akan disiasat mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959 Pindaan 1963.

“Berdasarka­n siasatan, pelanggan boleh membuat tempahan melalui aplikasi WeChat dengan tawaran pakej serendah RM200 atau boleh terus datang ke premis berkenaan.

“Wanita warga asing yang terdiri daripada lapan warga Thailand dan seorang warga Vietnam itu ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)© akta sama dan Peraturan 39 Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Semua yang ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen untuk siasatan lanjut,” katanya.

 ??  ?? JABATAN Imigresen melakukan serbuan ke sebuah hotel di Kota Damansara selepas didapati menjalanka­n aktiviti pelacuran.
JABATAN Imigresen melakukan serbuan ke sebuah hotel di Kota Damansara selepas didapati menjalanka­n aktiviti pelacuran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia