Harian Metro

Berenang 1 jam perahu karam

-

Tiga lelaki berenang lebih satu jam untuk menyelamat­kan diri selepas perahu panjang dinaiki bersama dua lagi penumpang karam dipukul ribut di Empangan Hidro Elektrik Batang Ai, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang itu, cuaca di kawasan empangan berkenaan tiba-tiba bertukar ribut menyebabka­n perahu panjang yang dalam perjalanan dari kampung di hulu kawasan itu menuju ke jeti, karam.

Dua lagi lelaki berusia 30-an yang juga warga Indonesia kini belum ditemui manakala tiga lelaki tempatan berusia 30-an hingga 40-an sempat berenang menyelamat­kan diri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Betong James Whelan Ngang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari Balai Polis Lubok Antu jam 6.22 petang sebelum sepasukan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, tiga mangsa yang terselamat berenang mendapatka­n bantuan dari pekerja resort tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Ketika kejadian, ribut melanda kawasan empangan berkenaan menyebabka­n air tasik bergelora sebelum perahu panjang dinaiki lima penumpang dan pemandu karam.

“Perahu panjang dalam perjalanan ke jeti empangan untuk menghantar dua mangsa yang masih hilang itu. Tiga lagi mangsa terselamat ialah penduduk rumah panjang di hulu empangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, lokasi perahu panjang berkenaan karam 30 minit perjalanan menuju ke jeti dan kawasan paling hampir ialah resort yang terletak 10 minit perjalanan.

James berkata, setakat ini pasukan mencari dan menyelamat (SAR) menjalanka­n operasi dalam radius satu kilometer dari lokasi perahu panjang berkenaan karam.

“Pasukan SAR juga mendapatka­n bantuan pasukan penyelam bomba untuk mencari mangsa di dasar tasik namun ia bergantung kepada keadaan cuaca,” katanya.

 ??  ?? MANGSA yang terselamat memberi maklumat kepada pasukan penyelamat untuk mencari dua lagi penumpang yang hilang.
MANGSA yang terselamat memberi maklumat kepada pasukan penyelamat untuk mencari dua lagi penumpang yang hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia