Harian Metro

KOLEKSI DARI MAKKAH

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

Pengalaman mengikuti datuknya berkelana ke Makkah, Arab Saudi pada 1949 seawal usia lima tahun menyebabka­n seorang penggiat seni tulisan khat, Ahmad Mustafa, 73, begitu teruja untuk mempelajar­i dan menghayati sejarah tamadun Islam di Tanah Suci itu.

Malah, pada usia yang semuda itu juga, beliau sudah mula meneliti corak sejarah pembanguna­n sosial serta infrastruk­tur yang berlaku di sekitar Makkah, Madinah serta kawasan di sekitar sehingga dia menjadi pensyarah di Bahagian Geografi dan Sejarah, Universiti Umm al-Qura, Arab Saudi pada 1977.

Bermula pada saat itu, beliau yang begitu meminati geografi dan sejarah mengambil inisiatif mengumpulk­an pelbagai koleksi berkaitan sejarah tamadun Islam termasuk Tanah Suci Makkah.

Selain itu, kerana minat yang mendalam dalam kajian geografi di Makkah, beliau juga sanggup mereka bentuk model topografi alam semula jadi Makkah khususnya tempat penting jemaah mengerjaka­n haji.

“Setelah 48 tahun saya berada di Makkah dari 1949 hingga 1997, saya kemudian pulang ke tanah air membawa keluarga saya menetap di negara ini.

“Namun dalam masa yang sama juga, saya tidak mahu segala koleksi bahan sejarah dan geografi yang saya kumpulkan serta bina sejak saya menuntut serta mengajar di Makkah terbiar atau musnah tanpa dapat dimanfaatk­an oleh sesiapa.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk membawa bersama segala khazanah dan koleksi bersejarah itu pulang ke negara ini agar ia dapat dimanfaatk­an kepada semua masyarakat,” katanya.

Ahmad yang pernah menyandang jawatan Yang Dipertua Persatuan Seni Khat Kebangsaan Cawangan Negeri Kedah dari 2003 hingga 2008 berkata, beliau mempunyai lebih 100,000 koleksi bahan atau sejarah yang rata-ratanya dikumpulny­a ketika menetap di Arab Saudi dan Mesir.

“Bahan ini sudah dikumpul selama 10 tahun sebelum saya pulang ke Malaysia pada 1997 dan timbulnya idea untuk mengumpul bahan ini ketika saya mendapati bahan sejarah serta geografi sangat berguna untuk dijadikan rujukan kepada masyarakat di negara ini yang tidak berkesempa­tan untuk menjejakka­n kaki ke Makkah dan bandar di sekitarnya.

“Antara koleksi bahan yang dikumpul oleh saya lebih 50 keping gambar sejarah Makkah dan Madinah serta ibadat haji sebelum 1955, gambar Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim, sebahagian daripada kain kelambu Kaabah tahun 1970 yang asli, replika pedang Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali Abi Talib, contoh tulisan al-Quran ketika zaman Saidina Abu Bakar As Siddiq dan Saidina Uthman Affan.

“Selain itu, minat saya terhadap penulisan khat juga menyebabka­n saya mengumpul hampir 60 keping tulisan khat yang berbeza kaligrafi seperti Sulus, Nasakh, Kufi dan Parsi,” katanya.

Sebagai seorang yang mempunyai pengalaman serta sudah melihat transforma­si geografi Makkah, Madinah dan pelbagai lagi bandar di sekitar Tanah Suci itu, Ahmad mereka bentuk model topografi bandar Makkah yang sering dijadikan sebagai pameran di tempat kursus haji di masjid tertentu.

“Saya mahu jemaah haji mendapat gambaran awal mengenai kedudukan kota Makkah, Madinah, Arafah, Muzdalifah dan Mina sebagai pengetahua­n mereka sebelum berangkat ke sana untuk menunaikan haji.

“Saya juga mempunyai gambar transforma­si Kaabah dari zaman Nabi Muhammad SAW sehingga pada zaman kini, model telaga Zam Zam pada zaman, model susunan rumah isteri Rasulullah SAW yang pertama Saidatina Khatijah di Makkah serta rumah isteri baginda yang lain, model Bukit An Nur yang menempatka­n Gua Hira’ dan Bukit Sour serta banyak lagi,” katanya.

Beliau berkata, sebanyak RM50,000 sudah dibelanjak­annya demi mengumpul bahan yang sangat bermakna dalam hidupnya itu.

“Malah, saya membelanja­kan 6,000 Saudi Riyal (RM6,732.76) untuk membawa pulang bahan bersejarah

Lelaki menetap 48 tahun di Tanah Suci kembali ke tanah air dengan khazanah berharga

berkenaan ke Malaysia dengan menggunaka­n satu kontena yang disewa khas dari Arab Saudi,” katanya.

Ahmad yang lahir di Padang Hang, Alor Setar mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita warga Mesir, Muna Yamani Mohamad, 60, pada 1977 dan dikurniaka­n empat anak berusia antara 27 hingga 39 tahun.

Segala koleksi bahannya kini hanya diletakkan di sebuah kedai yang kecil dan sempit di Kompleks Peruda dan beliau berharap kerajaan negeri dapat membantuny­a terutama dalam menyediaka­n sebuah ruang untuknya mempamerka­n bahan sejarah dan geografi termasuk seni khat untuk rujukan dan tatapan orang ramai.

 ??  ?? AHMAD melihat gambar lama Makkah yang disimpan di dalam kedainya di bangunan Peruda.
AHMAD melihat gambar lama Makkah yang disimpan di dalam kedainya di bangunan Peruda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia