Harian Metro

5 MINIT TERLAMBAT

- Izlaily Nurul Ain Hussein izlaily@hmetro.com.my

Sikap degil penduduk yang meletak kenderaan hingga menghalang laluan utama Flat Larkin di sini, nyaris menyebabka­n kebakaran lebih serius apabila bomba dan penyelamat terpaksa membuang masa kira-kira lima minit mengalihka­n kenderaan itu sebelum boleh memadamkan kebakaran.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari semalam, sebuah rumah di tingkat empat flat berkenaan terbakar 70 peratus membabitka­n dapur, ruang tamu dan bilik tidur dipercayai akibat aktiviti memasak.

Bomba yang menerima panggilan kecemasan bergegas ke lokasi, malangnya tiga jentera yang dikejarkan ke tempat kejadian berdepan masalah apabila laluan utama dihalang selepas ada penduduk meletakkan kereta di tempat tidak sepatutnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru Suhaimi Jamal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.32 tengah hari dan 15 anggota diketuai Pegawai Operasi Saifulniza­m Saleh bergegas ke lokasi bersama tiga jentera.

Bagaimanap­un, katanya, apabila tiba di kawasan flat itu, anggotanya berdepan masalah kerana ada kereta diletak di laluan utama hingga menghalang tiga jentera.

“Keadaan itu menyukarka­n kami memberikan bantuan kecemasan dan ia membahayak­an penduduk lain. Kami terpaksa mengambil masa kira-kira lima minit untuk memasuki kawasan flat berkenaan.

“Disebabkan mengejar masa, kita terpaksa memecahkan sebuah kereta bagi mengalihka­n kenderaan itu dan memberi laluan kepada jentera memulakan operasi mengawal dan memadam kebakaran.

“Kita membuat laporan

Anggota bomba terpaksa pecahkan cermin kenderaan halang laluan untuk padam api

polis dan memecahkan kereta itu mengikut prosedur yang betul dan bersyukur dapat mengawal kebakaran walaupun terpaksa mengambil masa lima minit untuk menyelesai­kan masalah kenderaan yang menghalang laluan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya terpaksa bertindak pantas bagi mengelak kebakaran merebak ke rumah lain hingga boleh menyebabka­n masalah lebih serius.

Katanya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana penduduk sering diingatkan supaya tidak meletak kenderaan hingga menghalang laluan utama terutama jentera bomba.

 ??  ??
 ??  ?? RUMAH di tingkat empat Flat Larkin terbakar 70 peratus, semalam.
RUMAH di tingkat empat Flat Larkin terbakar 70 peratus, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia