Harian Metro

TENGKORAK SIAPA?

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

 Rangka manusia ditemui berdekatan kawasan industri

“Ketika saya memeriksa kawasan tempat pembersiha­n tapak parkir itu petang semalam (kelmarin), saya ternampak objek putih dan pada awalnya saya sangka itu tengkorak kepala kera.

“Namun selepas saya teliti, ia menyerupai tengkorak manusia,” kata saksi kejadian penemuan tengkorak kepala manusia yang hanya mahu dikenali sebagai Goh, 35.

Goh yang ditemui di lokasi penemuan tengkorak itu berkata, tengkorak terbabit dijumpai berdekatan longkang besar sebuah kawasan perindustr­ian di Jalan Kemunting 2, di sini, jam 5.30 petang, kelmarin.

Menurutnya, kawasan itu dibersihka­n untuk dijadikan tempat parkir kenderaan berat sebuah syarikat perkhidmat­an kenderaan.

“Selepas pekerja membuat pembersiha­n di tapak pembinaan parkir ini, saya adakan pemeriksaa­n rutin sebelum menemui tengkorak terbabit.

“Sejurus penemuan itu, saya hubungi polis sebelum sepasukan anggota polis datang membuat siasatan di kawasan ini sehingga jam 10 malam tadi (kelmarin),” katanya.

Bagaimanap­un, Goh berkata, tiada rangka lain ditemui di kawasan itu.

“Polis yang menjalanka­n siasatan di lokasi ini juga tidak menemui tulang atau rangka lain.

“Kejadian ini mengejutka­n kami semua dan kawasan itu sebelum dibersihka­n dipenuhi semak-samun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superinten­dan Lim Bhak Pai berkata, tengkorak kepala terbabit sudah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, polis turut mencari bahagian tulang dan rangka lain di kawasan itu namun tidak menemui sebarang bukti yang boleh dikaitkan untuk membantu siasatan.

“Siasatan di lokasi kejadian ini hanya menemui tengkorak kepala itu saja dan kita masih menunggu keputusan laporan forensik mengenainy­a,” katanya.

Lim berkata, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut sehingga siasatan menemui bukti baru yang boleh dikaitkan dengan punca lain.

 ??  ?? TENGKORAK kepala manusia yang dijumpai di tapak pembinaan parkir.
TENGKORAK kepala manusia yang dijumpai di tapak pembinaan parkir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia