Harian Metro

DERITAMU DATANG AWAL

- Shahrinnah­ar Latib am@hmetro.com.my

Bayi 46 hari alami lebihan cecair dalam kepala turut ada masalah tulang belakang

Ketika bayi seusianya membesar dengan sihat dan sempurna, Nur Qaireen Nayla Mohammad Nursyafiq yang tinggal di Kampung Gali Hilir, Raub, terpaksa menanggung derita kerana mengalami lebihan cecair dalam kepala atau sinonim dengan panggilan penyakit kepala besar.

Malah, bayi berusia 46 hari itu turut disahkan menghidap masalah tulang belakang terbuka dan kecacatan di kaki kiri yang tidak berfungsi selepas dilahirkan.

Akibat penyakit berkenaan, anak sulung pasangan Mohammad Nursyafiq Mohd Rizal, 21, dan Fatin Nur Aisya Shahrin, 19, terpaksa menjalani tiga kali pembedahan pada bahagian belakang badan dan kepala sejak berusia dua minggu.

Menurut Mohammad Nursyafiq, mereka berdua mengetahui masalah bayi mereka ketika kandungan berusia 35 minggu.

Katanya, doktor di Hospital Kuala Lipis yang membuat imbasan memaklumka­n saiz kepala anaknya besar dan meminta mereka melakukan pemeriksaa­n susulan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), Temerloh.

“Doktor pakar HOSHAS mengesahka­n bayi mengalami masalah penyakit lebihan cecair. Ketika kandungan berusia 39 minggu pada 5 September lalu, isteri saya melahirkan Nur Qaireen secara pembedahan di HOSHAS dan pakar mengesahka­n ukur lilit kepala bayi ini tidak normal,” katanya.

Mohammad Nursyafiq berkata, doktor turut mengesahka­n bayinya mengalami masalah tulang belakang terbuka serta bahagian kaki sebelah kiri yang tidak boleh dibengkokk­an (spina bifida).

“Pada mulanya, isteri saya tidak dapat terima kenyataan mengenai masalah anak kami, apatah lagi Nur Qaireen anak pertama kami selepas tiga tahun berkahwin.

“Namun, selepas keluarga dan saya beri semangat kepadanya, dia boleh terima dengan hati terbuka,” katanya yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor.

Dia yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berkata, selepas beberapa hari dirawat di HOSHAS, anaknya kemudian dipindahka­n ke Hospital Sungai Buloh, Selangor, menjalani rawatan.

“Sehingga kini, Nur Qaireen masih dirawat di sana. Selepas tiga kali pembedahan, anak masih lemah dan menggunaka­n alat bantuan pernafasan untuk bernafas.

“Sekarang, dia boleh menggerakk­an tangan dan mata apabila dipanggil. Saya harap anak saya sembuh dan membesar seperti kanak-kanak lain,” katanya.

Katanya, dia perlu menyediaka­n RM2,500 sebulan untuk rawatan anaknya termasuk kos pengangkut­an berulang-alik ke Hospital Sungai Buloh.

Justeru, orang ramai yang ingin membantu meringanka­n penderitaa­n keluarga berkenaan boleh menghulurk­an sumbangan menerusi akaun CIMB Fatin Nur Aisya 7607159182 atau terus menghubung­inya di talian 011-26919729.

untuk

 ??  ?? NUR Qaireen Nayla memerlukan bantuan untuk terus mendapatka­n rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.
NUR Qaireen Nayla memerlukan bantuan untuk terus mendapatka­n rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia