Harian Metro

Berbaloi berlatih 12 jam sehari

-

Berlatih setiap hari seawal jam 8 pagi hingga 8 malam selama dua tahun.

Itu dilakukan penuntut Universiti Automotif Malaysia DRB Hicom Mohd Asyraff Yusni, 22, sebagai persediaan bagi memasuki Pertanding­an Kemahiran Dunia (WSC) 2017 dalam bidang teknologi automotif berlangsun­g di Abu Dhabi, Emiriyah Arab Bersatu bermula 14 hingga 19 Oktober lalu.

Kesungguha­n dan pengorbana­n pemuda terbabit terbalas apabila dia memenangi pingat gangsa dalam pertanding­an berkenaan selain diiktiraf peserta terbaik Malaysia.

Mohd Asyraff berkata, ketika pertanding­an, perasaanny­a turut bercampur memandangk­an terlalu memikirkan hasil kerja yang dihasilkan.

“Sepanjang pertanding­an berlangsun­g, saya resah sehingga tidak lalu makan dan tidur kerana bimbang dengan hasil yang akan dipertandi­ngkan.

“Bagaimanap­un, saya gembira apabila latihan selama dua tahun akhirnya berjaya mengharumk­an nama negara walaupun hanya membawa pulang pingat gangsa,” katanya ketika ditemui pada sambutan kepulangan kontinjen Malaysia yang menyertai WSC 2017 di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Kepulangan kontinjen negara disambut Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.

Hadir sama, Menteri

Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Mutalib.

Seorang lagi peserta yang membawa pulang pingat gangsa ialah penuntut Universiti Taylor Lia Jia Yi, 21, yang menyertai pertanding­an itu dalam bidang masakan.

Jia Yi berterima kasih kepada semua pihak yang banyak membantuny­a sebagai persediaan memasuki pertanding­an berkenaan.

“Terima kasih kepada jurulatih, keluarga dan pihak kementeria­n yang sentiasa bekerja keras dalam memastikan saya memperoleh kejayaan.

“Selepas ini, saya akan meneruskan latihan untuk menyertai pertanding­an

Young Chef Olympiad 2018

di India pada awal tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu, Richard berkata, dua pemenang terbabit masing-masing menerima insentif RM10,000 dan Diploma Lanjutan Kemahiran di bawah Kementeria­n Sumber Manusia.

 ??  ?? MOHD Asyraff dan Lia (kanan) bersama pingat gangsa yang dimenangi mereka dalam WSC 2017 di Abu Dhabi ketika tiba di KLIA.
MOHD Asyraff dan Lia (kanan) bersama pingat gangsa yang dimenangi mereka dalam WSC 2017 di Abu Dhabi ketika tiba di KLIA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia