Harian Metro

SUDAH TERTULIS AJAL IBU

-

“Sudah tertulis ajal ibu. Saya sudah rayu kepada mereka supaya pulang ke kampung esok tetapi mereka bertegas untuk pulang hari ini dan kerisauan saya menjadi kenyataan apabila menerima berita kemalangan mereka,” kata Zuraimi Abdul Mubin, 46, anak kepada pasangan warga emas yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 13, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Serdang, semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, Jeriah Yaakob, 68, dari Felda Sungai Tekam Utara, Jerantut meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Dungun akibat parah di kepala pada jam 4 petang.

Suaminya, Abdul Mubin Mohamed, 78, yang dilaporkan kritikal kini dirawat di hospital yang sama.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Perodua Kancil dipandu Abdul Mubin dari arah Bukit Besi ke Dungun membelok memasuki simpang tiga di tempat kejadian.

Pada masa sama, pacuan empat roda Toyota Hilux dari arah bertentang­an yang tiba di tempat kejadian gagal mengelak sebelum merempuh kereta dinaiki pasangan warga emas berkenaan.

Zuraimi berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika ibu bapanya dalam perjalanan pulang ke Jerantut selepas menghadiri kenduri di rumah kakak iparnya di Kampung Padang Pulut, dekat sini.

“Mereka berdua datang ke Dungun sejak semalam dan bertegas mahu pulang walaupun kami melarang.

“Bagaimanap­un, ayah

Wanita maut, suami kritikal kereta dirempuh pacuan empat roda

bertegas nak balik dan dia minta kami semua tidak bimbang kerana dia nak bawa kereta berhati-hati.

“Namun, selepas bersalam dengan mereka, saya mula berasa tidak sedap hati sebelum menerima panggilan memaklumka­n kemalangan itu selepas 15 minit mereka meninggalk­an rumah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Pegawai Bomba Kanan II Othman Sembok berkata, lima anggota dikejarkan ke lokasi kejadian bagi mengeluark­an mangsa yang tersepit.

“Kita mengambil masa lima minit untuk mengeluark­an suami mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu sebelum kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanap­un, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superinten­dan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987 kerana menyebabka­n kematian dengan memandu secara berbahaya dan melulu.

 ?? FOTO: ?? KEADAAN kereta mangsa selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil,
Jeriah.
FOTO: KEADAAN kereta mangsa selepas terbabit kemalangan. Gambar kecil, Jeriah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia